epic drama | drama epik | Kesenian | Drama dan Teater | Genre drama yang mengangkat keperwiraan seseorang tokoh agung seperti Pahlawan Melayuoleh Syeikh Alwi Syed Al-Hadi. |
arabesque | hiasan kearaban | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Hiasan yang terdapat pada struktur bangunan seperti masjid dan rumah kediaman. Bentuk hiasan yang dihasilkan dengan menggunakan corak garisan dan saling bertindih atau digabungkan untuk menghasilkan unsur kesenian yang indah. Antara bentuk yang biasa dihasilkan ialah bunga, daun, binatang, geometri atau gabungan antara garis geometri. Contohnya, pada bahagian hadapan atas rumah Syed Al-Atas di Pulau Pinang, hiasan ini dibentuk dengan corak yang mengelilingi bahagian simen, manakala di masjid pula, hiasan kearaban dapat dilihat pada hiasan garis persegi lapan yang dijalin dalam bentuk garisan bersilang. |
prose poem | sajak prosa | Kesusasteraan | Tiada | Sajak berbentuk prosa, ditulis tanpa tertakluk kepada ciri-ciri puisi yang biasa, iaitu pola, irama, dan susunan baris. Sajak prosa mempunyai bentuk yang lebih longgar dan kurang teratur berbanding dengan sajak biasa. Oleh sebab itu, sajak prosa dapat memuatkan lebih banyak maklumat tentang hal-hal yang ditempuhi dalam kehidupan seharian. Sajak prosa mengandungi unsur hiburan dan pengajaran, di samping mempunyai nada yang lucu atau mencemuhkan. Dalam sastera Melayu, sajak �Proem� oleh Syed Muhammad Naquid al-Attas dalam bukunya A Commentary on the Hujjatu�l-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri. Contoh sajak prosa ditemui dalam �The Love Song of J.Alfred Prufrock� oleh T.S. Eliot dan sajak �Lirik untuk Improvisasi Jaz� oleh Sapardi Djoko Damono. Sajak prosa dalam kesusasteraan Arab ditemui dalam Maqamat Badi� al-Zaman al-Hamdhani oleh Badi�al-Zaman al-Hamadhani. |
sandiwara | sandiwara | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan drama pentas yang muncul selepas kemerosotan bangsawan. Persembahan drama ini merangkumi drama purbawara dan drama sejarah. Sandiwara tidak seperti Bangsawan yang hanya menggunakan senario (rangka lakonan dan cerita) sebagai asas lakonan. Sandiwara menggunakan skrip bertulis dan menggantikan latar belakang bangsawan dengan set dan prop yang realisitik. Sandiwara merupakan asas drama Melayu moden. Antara skrip sandiwara ialah Di Atas Pentas, Si Bongkok Tanjung Puteri, Lawyer Dahlan, Tun Sri Lanang, dan Tonggak Kerajaan Melayu Johor oleh Shahrom Husain, manakala skrip sandiwara Hang Tuah Pahlawan Melayu dan Tarik bin Zaid Pahlawan Islam oleh Syed Alwi Sheikh al-Hadi. Skrip lain ialah Seruling Gembala, Selingkar Kisah di Kamar Seni, Anak Nazar Tujuh Keramat, dan Ratapan Ibu Pertiwi oleh Kalam Hamidi. Pementasan sandiwara popular di Malaysia dan Indonesia. Lihat juga bangsawan. |
annotation | anotasi | Kesusasteraan | Tiada | Catatan yang dilakukan oleh pengarang untuk memberikan penerangan, komentar atau kritikan terhadap sesebuah teks atau buku. Catatan meliputi struktur dalaman teks (isi kandungan), dan struktur luaran teks (bahasa, ejaan, ayat, istilah, dan sebagainya). Catatan umumnya dilakukan oleh pengarang atau pembaca yang biasanya ditulis pada kaki buku atau bahagian tepi buku. Ada kalanya anotasi merupakan keterangan yang dibuat oleh editor dan dicetak pada bahagian nota kaki teks atau buku. Anotasi bertujuan untuk membaiki sesuatu kesilapan atau menjelaskan kekaburan fakta yang terdapat dalam teks atau memberikan keterangan tambahan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam teks. Anotasi biasanya dibuat semasa kerja penyuntingan dan transliterasi naskhah manuskrip lama. Contoh karya anotasi ialah teks Karangan Hamzah Fansuri oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tuhfat al-Nafis oleh Virginia Matheson, dan Hikayat Inderaputera oleh Mulyadi. Contoh karya anotasi dalam sastera Arab ialah Alf Laylah wa Laylah oleh Muhsin M |