Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®sayid. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata syed


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYED AHMAD SYED MAHMUD SHAHABUDIN, TUN

Syed Ahmad Syed Mahmud Shahabudin, Tun (1925– ) ialah

ahli politik dan Yang Dipertua Negeri Melaka (1984–2004).

Dia lahir pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah, dan

mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim

(1932–1937). Kemudian menyambung pelajarannya di Sultan

Abdul Hamid College, Alor Setar (1938–1947)

hingga mendapat sijil Senior Cambridge.

UMUM 
SYED SHEH SYED HASSAN BARAKBAH, TUN

SYED SHEH SYED HASSAN BARAKBAH, Tun, (1906-1975), Ketua Hakim Negara (1966) dan Gabenor Pulau Pinang yang keempat (1969-1974). Beliau lahir pada 10 November 1906 di Alor Setar, Kedah. Syed Sheh mendapat pendidikan di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sebelum melanjutkan pelajarannya ke England dengan biasiswa kerajaan Kedah. Di sana, beliau memasuki Inner Temple untuk mengikuti kursus undang-undang dan lulus pada tahun 1934.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED OTHMAN SYED ABDULLAH AL-SYABAB

SYED OTHMAN SYED ABDULLAH AL-SYABAB, ( ? - ? ), penasihat Sultan Siak. Nama sebenarnya ialah Syed Othman Syahabudin Syed Abdullah al-Syabab. Beliau ialah seorang pengembara Arab. Beliau telah mengahwini Tengku Embung Badariah, puteri Raja Alam dari Siak. Syed Othman kemudiannya telah dilantik sebagai ketua hulubalang Siak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED ALWI SYED SYEKH AL-HADI

SYED ALWI SYED SYEIKH AL-HADI (1892-1967), penulis dan tokoh kewartawanan. Beliau lahir pada 8 Ogos 1892 di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Syed Alwi ialah anak kepada Syed Syeikh al-Hadi. Syed Alwi mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School, Singapura, Raffles School dan Anglo Chinese School hingga lulus Darjah Tujuh (1914). Pada bulan Mei 1914, beliau melanjutkan pelajarannya di Othmaniah Islamiah College, Beirut dalam bidang pendidikan Arab selama setahun. Beliau turut melanjutkan pelajaran di Maktab Syrian Protestant, Syria (kini American University of Beirut) selama tiga tahun. Setelah tamat dari maktab ini, beliau memasuki Kolej Perubatan tetapi tidak sempat menamatkan pelajarannya kerana Perang Dunia Pertama.

SASTERATokoh
SYED ALWI SYED HASSAN, DATO'

SYED ALWI SYED HASSAN, Dato’ (1930-2008), penulis dan pengarah drama. Beliau lahir pada 29 Mac 1930 di Pondok Tanjung, Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pondok Tanjung, kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Inggeris King Edward VII, Taiping. Selepas itu, beliau berpindah ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar sehingga memperoleh Sijil Pelajaran Cambridge pada tahun 1950. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Kewartawanan dan Seni Teater (1953-1958) dari Universiti Minassota, Amerika Syarikat. Sumbangannya terhadap bidang teater, filem dan televisyen di Malaysia membolehkan Syed Alwi menerima Hadiah Pelajaran Tabung John D Rockeffeler III untuk mengkaji perkembangan teater dan filem semasa di Amerika Syarikat dari April hingga Jun 1980.

BUDAYATokoh
SYED ZAHIRUDDIN SYED HASSAN, TUN

SYED ZAHIRUDDIN SYED HASSAN, Tun (1918- ), pentadbir, Yang Dipertua Negeri Melaka (1975-1984). Beliau lahir pada 11 Oktober 1918 di Tanjong, Kerian, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Tapah dan Sekolah Melayu Tanjong (1924-1928). Pada tahun 1929, beliau belajar di Sekolah Clifford, Kuala Kangsar. Kemudian, beliau menyambung pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (1930-1941) hingga lulus Senior Cambridge. Beliau memperoleh Diploma in Arts dari Raffles College, Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED AHMAD SYED MAHMUD SHAHABUDIN, TUN

SYED AHMAD SYED MAHMUD SHAHABUDIN, Tun (1925-2008), ahli politik Yang Dipertua Negeri Melaka (1984-2004). Beliau lahir pada 4 Mei 1925 di Kulim, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kulim (1932-1937). Kemudian, beliau menyambung pengajiannya di Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, Kedah (1938-1947), hingga mendapat sijil Senior Cambridge.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED ABDUL RAHMAN SYED OTHMAN

SYED ABDUL RAHMAN SYED OTHMAN ( ? - ? ), Sultan Pelalawan yang pertama (1821-    ).  Dia adalah anak Syed Othman al-Syabab.  Dia juga bersaudara dengan Syed Ali.  Dia suka belayar dan melakukan kegiatan perlanunan.  Syed Abdul Rahman telah menyertai Tengku Muhammad Ali dan Syed Ali menyerang Selangor, Singgora, Terengganu dan Sambas.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUANKU SYED PUTRA IBNI SYED HASSAN JAMALULLAIL

TUANKU SYED PUTRA IBNI SYED HASSAN JAMALULLAIL (1920 -    ), Yang di-Pertuan Agong yang ketiga (1961 – 1966), Raja Perlis yang kelima (1949 -      ). Baginda diputerakan pada 25 November 1920. baginda dilantik sebagai Raja Perlis pada 4 November 1945. Tuanku Syed Putra mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Penang Free School. Pada tahun 1939, baginda mula mendapat pendedahansebagai bakal raja. Baginda juga mendapat pendedahan dalam bidang perundangan dan pentadbiran di Mahkamah Rendah Kangar, Pejabat Tanah Kuala Lumpur dan Mahkamah Pengadil, Kuala Lumpur.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED MOKHTAR AL-BUKHARITokoh korporatEKONOMI DAN PENGURUSANTokoh
1234567

Kembali ke atas