Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.Öa.sub]/[ta.Öa.sub] | تعصوب

Definisi : Ar kuat pegangan atau keyakinan yg keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik: mereka sangat ~ dan amat berbang­ga dgn keturunan dan kaum mereka; mentaasubi berlaku taasub kpd atau ter­hadap: kamu terlalu ~ kemajuan sehingga terlupa pd insan yg bersaudara denganmu; ketaasuban keadaan taasub. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.Öa.sub]/[ta.Öa.sub] | تعصوب

Definisi : terlalu kuat pegangannya atau berlebih-lebihan keyakinannya pd se­suatu; tegar hati; fanatik. mentaasubi taasub akan atau terhadap. ketaasuban keadaan atau sifat taasub. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taasub (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan fanatik, keterlaluan, pelampau, ekstrem.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, lazimnya perkataan "taksub" lebih dikenali daripada perkataan "taasub" (dalam Kamus Dewan ejaan "taasub"). Saya keliru, antara dua perkataan tersebut yang manakah lebih baik digunakan dalam teks?Penggunaan kata yang betul taasub seperti entri yang terdapat dalam Kamus Dewan. Penyerapan perkataan Arab yang mempunyai bentuk visual yang hampir sama dengan taasub ialah taaruf dan taakul.Tatabahasa26.03.2012
Salam. Apakah ejaan yang betul bagi perkataan taasub dan tuisyen ?Ejaan yang betul ialah taasub dan tuisyen.Ejaan14.04.2016
Memandangkan perkataan serapan Arab seperti taasub, taaruf dan taakul dieja sebegitu kerana asal huruf Ain adalah berbaris hidup, yakni bukan menjadi ejaan *taksub, *takruf, dan takkul, mengapakah perkataan takluk tidak dieja taaluk?Bagi kata serapan Arab, ejaan kata dalam bahasa Melayu telah diputuskan mengikut Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu dalam Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2001 dan 2016). Antara keselarasan ejaan baharu ialah kata takluk, takrif, takzim, takziah, takwil dan sebagainya. Kebanyakan kata tersebut telah mantap ejaan dan sebutannya dalam bahasa Melayu, serta digunakan secara meluas dalam korpus penggunaan bahasa kita.

Untuk rujukan yang terbaharu, sila dapatkan kamus terbitan DBP yang terkini, iaitu Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Ejaan10.08.2023
Adakah terdapat istilah "pentaasub"? Jika tiada, apakah padanannya dalam BM?Terdapat perkataan pentaasub yang merupakan orang yang taasub (terlalu minat) terhadap seseorang atau sesuatu. Lain-lain19.01.2023
Mohon pihak DBP menerima cadangan, membuat kajian serta mempertimbangkan penggunaan ejaan lebih popular dan meluas untuk perkataan tertentu, contohnya: pensel - pensil istirahat - istirehat stoking - stokin taasub - taksub Hal ini disebabkan penggunaan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu sejak tahun 1975 masih belum benar-benar berkesan dan mantap. Masih ramai yang tidak cakna. Hanya ahli bahasa dan sedikit sahaja orang awam yang tahu tentang ejaan yang tepat. Apakah usaha yang DBP akan/telah/sedang lakukan supaya lebih ramai tahu ejaan yang tepat? Terima kasihTerima kasih atas cadangan tuan. Untuk makluman, DBP telah menerbitkan risalah atau pedoman bahasa tentang bentuk ejaan, frasa dan tatabahasa yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna, seperti pensel, ibu bapa dan peroleh. Risalah dan pedoman bahasa ini boleh diakses melalui laman web www.dbp.gov.my.Ejaan01.11.2017
Bagaimanakah sebutan mengikut suku kata bagi perkataan serapan khususnya bahasa arab? Contoh: 1. Khatulistiwa =kha.tu.lis.ti.wa / kha.tul.is.ti.wa 2. Taasub =ta(k).sub / ta.a.sub Adakah perlu mengikut sebutan baku (lidah melayu) atau boleh sahaja mengikut sebutan asal (lidah arab)?Peraturan sebutan bagi kata serapan daripada bahasa Arab boleh menggunakan dua cara:

a. Cara sebutan tertakluk pada pedoman umum sebutan kata Melayu jati, dan
b. Cara sebutan menurut bunyi asal dalam bahasa sumber.

Menurut Awang Sariyan (2006), kaedah penulisan dan pengucapan kata-kata terdiri daripada bahasa Arab perlu ditentukan larasnya sama ada termasuk dalam laras bahasa umum atau laras bahasa khusus (istilah agama).
Tatabahasa03.09.2014
Saya mencadangkan agar ejaan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perlu dikemas kini agar mengikut situasi dan perkembangan semasa. Contoh ejaan yang perlu dikemas kini ialah istirahat menjadi istirehat, taasub ( taksub ), profesionalisme ( profesionalisma ), gubra ( gabra ), stoking ( stokin ), koir ( kuayer ), mestika ( mustika ) geroda ( garuda ), Ramadan ( Ramadhan ) dan lain-lain lagi.

Saudara,

Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu telah diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Oleh yang demikian ejaan perkataan bahasa Melayu sudah mantap dan selaras penggunaannya seperti yang tersenarai di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.   

Lain-lain19.12.2009
Tuan, Istilah "taksub" boleh diterima dalam penggunaan bahasa Malaysia? Saya tidak dapat mencari istilah ini dalam kamus dewan. Terima kasih.Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1561. Asal perkataan ini adalah daripada bahasa Arab dan dieja taasub. Makna perkataan ini ialah kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik.    Makna22.06.2020
Perkataan "taksub" sering digunakan oleh pengguna bahasa Melayu. Namun tiada kata ini dalam BM (Kamus Dewan). Apakah kata BM untuk "taksub" ini. Mana asalnya kata ini sebenarnya.Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1561. Asal perkataan ini adalah daripada bahasa Arab dan dieja taasub. Makna perkataan ini ialah kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik.    Makna27.02.2009
Salam. Berdasarkan carian kata di PRPM, Obsess membawa maksud terlalu memikirkan sesuatu; menghantui. 1) Jika dalam contoh ayat, "She is obsessed with cartoon," bolehkah diterjemahkan Obsessed sebagai taksub? 2) Apa pula penerangan bagi perkataan Taksub? Ia tiada dalam PRPM. 3) Menurut PRPM, Obsession pula diterjemahkan sebagai obsesi, jadi mungkin boleh dipertimbangkan terjemahan ini, Obsess (BI) --> Obses (BM). Salam.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, "taasub" bermaksud kuat pegangan atau keyakinan yang keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang, fanatik. Padanan bahasa Inggeris untuk "taasub" ialah doctrinaire. Istilah "obses" tidak ada dalam bahasa Melayu, yang diterima pakai ialah "obsesi" yang bermaksud  sesuatu yang sentiasa meng­ganggu atau menghantui fikiran seseorang.Makna04.11.2016
12

Kembali ke atas