Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.gan] | تاݢن

Definisi : 1. wang (barang dll) yg dipertaruhkan dlm perjudian, pertaruhan: permata intan dijadikan ~, kekasih tidak abang tinggalkan; 2. wang dll yg disumbangkan utk (modal dll) usaha bersama, sumbangan; 3. gundu (dlm permainan guli, getah, jengkek, dsb); bertagan 1. Kl bertaruh, berjudi: di kaki lima ramai orang ~ daun terup; 2. Kd berangan-angan, mengira-ngira: engkau ini belum lagi memulakan kerja itu asyik ~ sahaja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.gan] | تاݢن

Definisi : 1 wang, barang dll yg di­per­taruhkan ketika bermain judi; per­taruhan. 2 sesuatu spt guli, ke­pingan kayu yg digunakan sbg pelontar dlm sesuatu permainan; gundu. ber­tagankan menggunakan sesuatu sbg tagan: Dia ~ guli merah semasa bermain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tagan (kata nama)
Bersinonim dengan pertaruhan, taruhan, tebanan;,
Kata Terbitan : bertagan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan perkataan yang bersesuaian bagi perkataan 'sweepstake'? Dalam Kamus Dwibahasa DBP perkataan tersebut diterjemahkan sebagai 'cepu lumba kuda'. Walau bagaimanapun dalam terjemahan 'Racing Club (Public Sweepstakes) Act 1965' perkataan 'sweepstakes' diterjemahkan sebagai 'ambil tagan' Adakah tepat menggunakan perkataan 'ambil' di hadapan perkataan 'tagan' atau adakah perkataan 'tagan' boleh berdiri dengan sendiri?Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "sweepstake" diterjemahkan sebagai cepu lumba kuda.

"Tagan" pula bermaksud  wang (barang dan lain-lain) yang dipertaruhkan dalam perjudian, pertaruhan (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Perkataan "tagan" boleh berdiri sendiri atau menggunakan perkataan "ambil" di hadapannya.
Lain-lain14.02.2019

Kembali ke atas