Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tah.ni./ah] | تهنيئه

Definisi : ucapan yg ditujukan kpd sese­orang utk menyatakan rasa gembira kerana kejayaannya dll; ucapan selamat: Baginda telah memberi ~ kpd mereka yg berjaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tah.ni./ah] | تهنيئه

Definisi : ucapan selamat (utk orang yg ber­kahwin, mendapat anak, naik pangkat, dll): aku ucapkan ~ atas kejayaanmu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tahniah (kata nama)
Bersinonim dengan syabas.


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PERKATAAN YANG SAMA ERTI ATAU MEMBAWA MAKSUD YANG SAMA DENGAN UCAPAN SALAM TAHNIAHUcapan tahniah untuk mengucapkan selamat atas kejayaan seseorang dan lain-lain. Ucapan syabas boleh juga digunakan yang membawa makna yang hampir sama, contoh untuk menyatakan bagus, baik dan seumpamanya.Makna05.07.2006
Taniah diatas kejayaan.... ATAU Taniah di atas kejayaan... Terima KasihYang betul ialah 'Tahniah atas kejayaan ...'Tatabahasa13.06.2008
Umur saya 10 tahun sekarang.Boleh kah saya melanggang Khidmat Nasihat?Saya hanya melanggang borang ini untuk menjayakan kehidupan saya.

Terima kasih atas keprihatinan adik tentang Khidmat Nasihat kami khususnya demi pemantapan penguasaan bahasa adik. Untuk makluman adik, Khidmat Nasihat ini tidak perlu dilanggan.  Khidmat ini percuma demi membantu masyarakat menguasai bahasa kebangsaan dalam pelbagai urusan seperti pelajaran, surat-menyurat, dokumen, iklan dan sebagainya.  Semoga kami dapat membantu adik.  Tahniah atas kprihatinan adik.

 

 

Sekian, dan terima kasih.

Lain-lain11.06.2008
Adakah betul penggunaan bahasa oleh deejay semua radio RTM yang selalu menyebut " terima kasih kerana mendengarkan kami di.... " dan " sekarang kami dengarkan lagu...". Dan apakah tindakan DBP untuk membetulkan kesilapan ini

Ayat yang digunakan oleh penyampai radio tersebut adalah salah. Antara tindakan yang dibuat oleh pihak DBP, antaranya ialah menghantar surat teguran kepada penerbit setelah pemantauan dan laporan dibuat. Untuk pengetahuan tuan/ puan, DBP memang melaksanakan pemantauan penggunaan bahasa Melayu ke atas media penyiaran, medai cetak dan laman web. Untuk media penyiaran, pemantauan akan dijalankan ke atas rancangan yang dikesan banyak menggunakan bahasa Melayu yang salah. Setelah itu, laporan akan dibuat dan surat teguran akan dikeluarkan untuk penerbit rancangan tersebut. Kami juga akan mengeluarkan surat ucapan tahniah sekiranya didapati media terbabit menggunakan bahasa Melayu yang betul. Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan.

Lain-lain29.08.2008
Tuan/Puan, Saya ingin memohon tajaan naskhah majalah terbitan DBP. Sebagai contoh Dewan Siswa,Dewan Masyarakat, dan sebagainya. Untuk pengetahuan pihak tuan,saya telah dipilih untuk menjalani program Fulbright Foreign Language Teaching Assistant di Northern Illinois University, dan saya akan menjadi tutor Bahasa Melayu kepada sekumpulan pelajar yang membuat kajian dalam Bahasa Melayu. Oleh hal yang demikian, saya amatlah berbesar hati jika pihak DBP boleh membantu dalam memberikan sumbangan beberapa naskah majalah dan lain-lain rujukan yang dirasakan sesuai. Saya akan menghantar butiran lengkap mengenai program yang saya akan sertai jika pihak DBP sudi menghulurkan bantuan. Saya dahului dengan ucapan terima kasihTahniah kerana sdr. terpilih menjalani program Fulbright Foreign Language di Amerika Syarikat. Untuk rekod, silalah tulis surat permohonan rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur bagi mendapatkan bahan rujukan dalam pengajaran Bahasa Melayu di Amerika Syarikat. Lain-lain19.03.2008

Kembali ke atas