[taip] | تاءيڤ
Definisi : mesin ~ mesin papan kekunci utk menulis huruf, angka, dsb secara mekanikal;menaip menulis dgn mesin taip: tatkala dia ~ itu mulutnya kumat-kamit sedang jarinya menekan satu-satu huruf; taip-menaip perihal menaip (surat, rencana, dll): mereka telah menganjurkan suatu kelas trengkas dan ~; menaipkan menaip sesuatu utk (kerana); taipan yg ditaip, hasil drpd (perbuatan) menaip: membetulkan kesilapan-kesilapan ~; penaipan perihal (perbuatan dsb) menaip: satu cetakan hasil ~ hendaklah dikeluarkan utk semakan; penaip orang yg menaip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[taip] | تاءيڤ
Definisi : ; menaip menulis dgn mesin taip, komputer dsb. menaipkan menaip sesuatu utk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)