Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa
mengambil waktu dan usaha untuk membuat
pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu
mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa
mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana
ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang
dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota
suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang
berprasangka cenderung memutarbelitkan,
menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun
mengabaikan fakta yang bertentangan dengan
pendapat yang telah ditentukannya terlebih
dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka
mungkin percaya bahawa semua individu dalam
suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik,
agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu
pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya,
ataupun tamak.