Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tamak (adjektif)
Bersinonim dengan haloba, loba, rakus, serakah, lahap, celici, melik, muris, hakap, temaah, dahuk, kemaruk, gelojoh;,
Kata Terbitan : ketamakan,

Peribahasa

Seperti anjing berebut tulang.

Bermaksud :

Orang tamak memperebutkan harta.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tamakingin memperoleh sesuatu dgn banyaknya; haloba: Jangan ~ akan harta orang. ketamakan sifat atau hal tamak; kelobaan.Kamus Pelajar
ketamakansifat atau hal tamak; kelobaan.Kamus Pelajar
halobaingin mendapat sesuatu banyak-banyak; tamak.Kamus Pelajar
duitanmata ~ (orang yg) hanya memikirkan duit; tamak akan duit.Kamus Pelajar
rakus1 suka makan banyak-banyak dgn gopoh; gelojoh; lahap. 2 kiingin mendapat sesuatu dgn banyaknya; tamak.Kamus Pelajar
jijik1. mendatangkan rasa tidak suka (mual) akan sesuatu kerana kotor atau keji: ~ sekali makanan itu. 2. berasa tidak suka melihat sesuatu kerana kotor atau keji:Ia ~ melihat perangai kawannya yg tamak itu. menjijikkan 1. berasa jijik akan; menganggap sesuatu jijik:Jangan suka ~ pengemis, walaupun dia kelihatan kotor. 2. menimbulkan rasa jijik:perbuatan yg ~.Kamus Pelajar
bayang=bayang-bayang 1. tempat yg tidak mendapat cahaya kerana dilindungi oleh sesuatu benda: Jangan selalu makan dlm ~. 2. bentuk hitam yg terjadi drpd sesuatu benda yg menahan cahaya: Orang yg berdiri dlm gambar ini tingginya 6 kaki dan bayang-bayangnya 12 kaki panjang. 3. gambar sesuatu benda spt yg dpt dilihat dlm cermin dsb: Orang tamak selalu rugi, spt anjing dgn ~. 4. lembaga yg kelihatan gelap tetapi tidak berapa jelas: Saya ternampak ~ orang berjalan di lorong yg gelap itu. berbayang kelihatan sbg bayang-bayang dlm air dll: Pohon-pohon yg tumbuh di tepi-tepi sungai itu kelihatan ~ dlm air. membayang 1. dpt dilihat spt bayang-bayang; kelihatan samar-samar: Kerana bajunya tipis, maka susuk tubuhnya tampak ~. 2. dpt ditanggap keadaannya; tergambar: Segala penderitaan yg hendak disembunyikannya itu ~ pd wajahnya. membayangi 1. menutupi atau melindungi dgn bayang-bayang: Pd waktu petang pula, pohon ketapang itu selalu ~ bahagian belakang rumah kami. 2. ki mengikut jejak langkah; mengawasi: Ke mana saja dia pergi, ada saja orang yg ~nya. Membayangkan 1. menggambarkan sesuatu dlm fikiran: Dlm menungannya, ia ~ dirinya sbg pengusaha yg berjaya mengurus perusahaannya. 2. menyatakan sesuatu tidak dgn terus terang: Dia telah ~ hasratnya hendak bertanding dlm pilihan raya yg akan datang. terbayang 1. seakan-akan dpt dilihat: Wajah anaknya ~ di ruang matanya. 2. kelihatan bayangnya; tampak berbayang. bayangan 1. bayang; bayang-bayang. 2. sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan. pembayangan perbuatan atau hal membayangkan. pembayang sesuatu yg membayangkan keadaan yg sebenarnya: ~ maksud.Kamus Pelajar
duit1. kepingan logam (drpd emas, perak, tembaga dll) yg dicap menjadi syiling, atau kertas yg dicap dgn nilainya sekali yg diterima atau yg diberikan ketika menjual atau membeli sesuatu; wang: ~ saya sudah habis saya belanjakan. 2. 1/100 ringgit; sen: 15 ~ 15 sen. ~ kopi a. duit yg diberikan kpd pemilik kedai (rumah dll) semasa hendak menyewa kedainya (rumahnya dll). b. = ~ suap duit yg diberikan kpd seseorang utk meluluskan dsb sesuatu. ~ luar pendapatan tambahan yg diperoleh dgn melakukan kerja-kerja lain drpd kerja rasmi. ~ pecah wang yg kecil nilainya. ~ syiling wang yg dibuat drpd kepingan logam. berduit 1. mempunyai wang; berwang: Saya tidak ~ utk membeli barang semahal itu. 2. mempunyai wang yg banyak; kaya: Kalau berkahwin dgn orang yg ~, tentulah mewah. duitan; mata ~ (orang yg) hanya memikirkan duit; tamak akan duit.Kamus Pelajar

Kembali ke atas