Salam sejahtera, saya ingin tanya penggunaan 'tanggal' dalam ayat di bawah betul tak. Hari Kebangsaan negara kita disambut pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Adakah 'tanggal' tak diperlukan dalam ayat tersebut. Salah ke 'pada tanggal 31Ogos'? Terima kasih. | Ayat yang gramatis "Hari Kebangsaan negara kita disambut pada 31 Ogos setiap tahun". Penggunaan kata tanggal seperti dalam frasa "pada tanggal 31 Ogos" telah mantap penggunaannya dalam wacana lama, namun ayat ini boleh dikemaskan lagi dengan bentuk yang gramatis. | Tatabahasa | 22.07.2016 |
Assalamualaikum, maaf saya nak tanya. Tanggal 31 Ogos, istilah manakah yang lebih sesuai digunakan? Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan? Terima kasih. | Hari Kebangsaan 2021. | Lain-lain | 31.08.2021 |
Salam, Tuan, Saya ingin dapatkan kepastian berkenaan pengunaan perkataan "terasmilah" Contoh ayat: Pada tanggal 7 September 2017 ini terasmilah satu lagi mercu tanda... Adakah penggunaan perkataan ini sesuai atau sebaliknya? Saya telah membuat carian, namun tidak menjumpai perkataan tersebut. Sekian, terima kasih. NAJJAH | Untuk makluman, perkataan "terasmilah" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Kami hanya ada maksud rasmi dan yang berkaitan dengannya. Puan boleh melihatnya melalui laman web kami iaitu, http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rasmi. Pihak kami cuba untuk menggantikan perkataan yang puan berikan dengan perkataan yang lebih tepat, namun ayat tersebut tidak lengkap. Mohon puan menghantar yang baharu. | Lain-lain | 18.05.2017 |
Apakah istilah khusus untuk "Friday the 13th"? Adakah Jumaat 13 Hari Bulan, Jumaat 13 hari bulan, Jumaat 13hb atau Jumaat Tanggal 13? | Contoh penulisan tarikh yang betul adalah seperti yang berikut: - Jumaat, 13.8.2018 (perlu dimasukkan bulan dan tahun)
- 13.8.2018 (Jumaat) - perlu dimasukkan bulan dan tahun
| Lain-lain | 16.04.2018 |
Selamat sejahtera, Apakah kesalahan bagi ayat-ayat di bawah : 1. Tembakan yang tajam itu mengena pada penjahat. 2. Atap rumah penduduk kampung itu tanggal ketika angin kencang pagi tadi. 3. Ketawa Ali tajam sekali. Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Tembakan itu tepat mengenai penjahat.
- Atap rumah penduduk kampung itu tercabut ketika angin kencang pagi tadi.
- Penggunaan kata ‘tajam’ dengan ‘ketawa’ tidak mempunyai hubungan makna.
| Tatabahasa | 13.01.2015 |
Salam, Saya merujuk kepada pertanyaan saya sebelum ini berkenaan perkataan "terasmilah" Contoh Ayat penuh: Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izinNya jua maka tanggal 7 September 2017 ini terasmilah satu lagi mercu tanda ilmu di Negeri Perak ini amnya dan Daerah Batang Padang khususnya. Harap dapat bantuan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. NAJJAH | Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya jua maka pada 7 September 2017 ini telah dirasmikan satu lagi mercu tanda ilmu di negeri Perak ini amnya dan daerah Batang Padang khususnya. | Tatabahasa | 18.05.2017 |
adakah perkataan 'merekat' sama ertinya dengan perkataan 'melekat'? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, merekat bermaksud melekat, menampal: gambar itu tidak mahu ~ di dinding. Manakala melekat pula membawa maksud 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu melekat pada batang pisang. 2 mudah melekit (berkenaan getah cair, kanji dll): Getah ini melekat, jangan dipegang. 3 rapat sekali (berkenaan persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya lekat pada peti televisyen sejak tadi lagi. | Ejaan | 16.02.2015 |
Endang Purwasari Oct 29th, 7:56am Yth. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Dengan hormat, Perkenalkan kami dari Jurusan Sastra Indonesia, Universitas Gadjah Mada. Kami sampaikan bahwa dalam rangka kegiatan benchmarking, kami berencana mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada tanggal 5 November 2014. Surat permohonan lawatan terlampir dan akan kami kirimkan melalui faksimile. Atas perhatian dan kesediaan Tuan/Puan kami ucapkan terima kasih. ----- Salam, | Sehingga kami memberikan maklum balas ini kepada pihak puan, Dewan Bahasa dan Pustaka belum menerima surat rasmi daripada pihak puan berkaitan lawatan yang dimaksudkan. Tiada juga surat yang terlampir bersama-sama pertanyaan ini. Mohon surat tersebut dapat dihantar kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Selain itu, tuan juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9464/012-6956446 atau e-mel razali3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 29.10.2014 |
Apakah istilah dalam bahasa Melayu bagi pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search? Contohnya dalam ayat: Terdapat beberapa cara pemeriksaan badan yang dibuat ke atas seseorang yang ditahan oleh polis iaitu pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah pat down search, strip search, intimate search dan intrusive search ialah pemeriksaan tepuk, pemeriksaan tanggal, pemeriksaan dalaman dan pemeriksaan intrusif. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 09.11.2022 |
Salam. Bolehkah saya tahu jika ada padanan yang sesuai bagi istilah "shinsplints" yang berkaitan dengan sakit pada tulang kering di kaki. Terima kasih. | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi perkataan "shinsplints" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "shin" yang bermaksud tulang kering yang digunakan dalam istilah perubatan manakala "foil splint" yang bermaksud splin keranjang, removeable splint yang bermaksud splint boleh tanggal (perubatan). Kami mencadangkan splin tulang kering bagi perkataan "shinsplint". | Tatabahasa | 16.07.2013 |