Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gu.ngan] | تڠݢوڠن

Definisi : tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagar­an: apa ~mu utk berhutang itu? 4. pen­deritaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkah­nya, dll): cukai ini berbeza dr seorang kese­orang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti diper­tang­gungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri;; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gu.ngan] | تڠݢوڠن

Definisi : 1 orang yg mesti ditanggung nafkahnya dll. 2 sesuatu yg (mesti) ditanggung; kewajipan; tugas. 3 sesuatu yg diderita; penderitaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cantik sungguh buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Ditelan pahit diluah sayang,
     Sakit sungguh tanggungan badan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ibarat beban,
     belum lepas daripada bahu (= kepala).

Bermaksud :

Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon tuan/puan nyatakan yang mana satukah sebutan yang betul bagi pernyataan berikut, 1. Tanggungan vikarius 2. Liabiliti vikarius 3. Tanggungan beralih Terima kasih.Dalam data rujukan kami, perkataan yang digunakan ialah  liabiliti vikarus yang digunakan dalam bidang undang-undang. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Liabiliti+vikarius&d=69812&#LIHATSINIPenyemakan dan penterjemahan25.02.2018
apakah ayat yang paling sesuai bagi contoh ayat berikut; ayat 1. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru iaitu seperti berikut; ayat 2. Selanjutnya, keputusan dalam Jadual 1menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti berikut; iaitu, yang manakah contoh ayat di atas yang sesuai digunakan? mohon cadangan tqAyat yang betul ialah "Seterusnya, Jadual 1 menunjukkan bahawa sebanyak 5 item tanggungan tugas yang tidak dipersetujui oleh responden guru seperti yang berikut:"Tatabahasa03.04.2015
Salam mesra, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Dependent Information"? Konteks ini digunakan dalam borang di lapangan terbang. Terima kasih.Dalam data kami, istilah dependent  dipadankan sebagai tanggungan yang digunakan dalam bidang ekonomi. Cadangan kami bagi istilah dependent information ialah Maklumat Tanggungan jika bersesuaian dengan konsep yang hendak dinyatakan.Penyemakan dan penterjemahan30.05.2014
salam 1 Malaysia, soalan saya, adakah saya perlu untuk meletakkan tanda koma selepas perkataan (ini bermakna dan manakala) bagi ayat berikut: Ini bermakna, responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala, dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. terima kasihIni bermakna responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. Tidak perlu tanda koma selepas kedua-dua perkataan tersebut, walau ada jeda (berhenti sebentar) sewaktu kita membacanya.Tatabahasa07.08.2015
Apakah takrifan yang lengkap bagi: 1-Anak tiri tanggungan 2-Anak Pelihara 3-Anak angkat yang diambil mengikut undang-undang; 4-Anak angkat de facto 5-Anak Orang Kurang Upaya. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.Dari segi bahasa, anak tiri ialah anak kepada suami atau isteri hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu (bukan daripada darah daging sendiri). Bagi jenis anak yang lain seperti yang puan senaraikan tidak ada dalam data kami.  Istilah yang mempunyai implikasi undang-undang sewajarnya dirujuk dengan pihak yang berkaitan undang-undang juga.Istilah25.11.2014
Maksud Dependant dalam bahasa malaysiaMaksud dependant ialah tanggungan, kebergantungan atau sandaran bergantung pada konteks dan bidang.Makna22.07.2010
berikan definisi lengkap insuransKamus Dewan mendefinisikan Insurans ialah perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; spt insurans kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); insurans nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; nyawa nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal duniaMakna24.08.2007
Salam 1Malaysia, bagaimanakah cara membina ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan masing-masing dalam contoh ayat berikut: contoh 1. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, masing-masing hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. contoh 2. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing, yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. mohon cadangan ayat yang sesuai. tqSeterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut.Tatabahasa31.08.2015
Apakah beza penyiasatan dan siasatan? Boleh berikan contoh ayat? Mana satu betul, badan siasatan atau badan penyiasatan?

Penyiasatan bermaksud perbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan. Siasatan pula bermaksud  hasil daripada menyiasat, kajian, siasat, perihal menyiasat (menyelidik). Contoh ayat: 1. Siasatan ini dijalankan dengan bertanya kepada beberapa orang   yang tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu. 2. Pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan penyiasatan tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yang hendak meminjam. Frasa yang betul ialah badan penyiasatan.

 

Tatabahasa18.07.2021
Abu Aiman Jun 4th, 7:29am Bagaimana saya boleh menjadi sahabat anda supaya boleh mendapat 'update' tetkini?Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 4th, 8:46am Terima kasih kerana bersahabat dgn FB DBP. Mudah sahaja untuk mengikuti program terkini DBP. Antaranya kerap membuka FB DBP dan melayari laman sesawang www.dbp.gov.my. Melalui pembacaan yang aktif kedua-dua laman sesawang tersebut pasti anda mengetahui kegiatan terkini DBP. Sekiranya tuan berminat jemputlah hadir kegiatan kami seperti yang tertera pada poster-poster yang diposkan di dinding facebook. Segala perbelanjaan adalah di bawah tanggungan sendiri. Moga ini membantu.Lain-lain04.06.2014
12

Kembali ke atas