Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.gu.ngan] | تڠݢوڠن

Definisi : tanggungan 1. sesuatu yg mesti ditanggung, kewajiban, tanggungjawab: hak dan ~ ahli-ahli pertubuhan; 2. jaminan: dgn ~ siapakah engkau mendapat pinjaman itu? 3. barang dll yg digunakan sbg jaminan hutang dll, cagar­an: apa ~mu utk berhutang itu? 4. pen­deritaan, beban: segala-galanya itu akan menambahkan lagi ~ rakyat; 5. orang yg mesti ditanggung (keselamatannya, nafkah­nya, dll): cukai ini berbeza dr seorang kese­orang mengikut banyak pendapatan orang itu dan ramai orang yg mesti menjadi ~nya; 6. akibat perbuatan yg mesti diper­tang­gungkan, risiko: kalau engkau kalah nanti, itu ~mu sendiri;; 7. (Udg) kewajiban yg dikenakan terhadap seseorang di bawah undang-undang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.gu.ngan] | تڠݢوڠن

Definisi : 1 orang yg mesti ditanggung nafkahnya dll. 2 sesuatu yg (mesti) ditanggung; kewajipan; tugas. 3 sesuatu yg diderita; penderitaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Cantik sungguh buah kepayang,
     Masak sebiji di hujung dahan;
Ditelan pahit diluah sayang,
     Sakit sungguh tanggungan badan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ibarat beban,
     belum lepas daripada bahu (= kepala).

Bermaksud :

Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONTSERRAT

Montserrat ialah wilayah tanggungan United

Kingdom (UK) di Laut Caribbean. Ia merupakan salah

sebuah daripada Kepulauan Leeward di Hindia

Barat. Negara-negara jiran Montserrat ialah Antigua

dan Barbuda di timur laut, Guadeloupe di tenggara,

dan St. Christopher dan Nevis di barat laut. Ibu

wilayah Montserrat ialah Plymouth yang terletak di

pesisiran pantai barat.

UMUM 
ARUBA

Aruba ialah pulau tanggungan Belanda di Hindia

Barat. Ia terletak di selatan Laut Caribbean, lebih

kurang 25 kilometer di utara Venezuela dan 77

kilometer di barat Curasao, yang terletak di

Antilles Belanda. Ibu negara dan bandar terbesar

di Aruba ialah Oranjestad. Pulau Aruba adalah

sebahagian daripada Antilles Belanda dari tahun

1954 hingga 1986.

UMUM 
ANGUILLA

Anguilla ialah pulau tanggungan United

Kingdom yang terletak di Hindia Barat. Ia terletak

di Laut Caribbean di hujung utara rangkaian pulau

Leeward di Antilles kecil, kira-kira lapan kilometer

di utara St. Martin dan 113 kilometer di barat laut

St. Christopher dan Nevis.

UMUM 
YEOMAN

Yeoman ialah retainer (tanggungan) pembesar

feudal England pada akhir Zaman Pertengahan.

Pada awal tahun 1400-an, nama ini merujuk

kepada pembantu rumah golongan bangsawan

dan pemilik tanah kecil yang bebas serta petani

kepada ladang milik orang bangsawan.

UMUM 
MARTINIQUE

Martinique ialah sebuah pulau di bawah

tanggungan Perancis di Laut Caribbean. Ia terletak

di Lesser Antilles lebih kurang 430 kilometer ke

utara Venezuela dan di antara negeri-negeri

kepulauan Dominica di sebelah utara dengan Saint

Lucia di sebelah selatan.

UMUM 
PESETA

Peseta ialah unit mata wang Sepanyol dan

wilayah tanggungan Sepanyol serta Andorra, iaitu

negara kecil yang terletak di antara Sepanyol

dengan pergunungan Pyrenees di Perancis.

UMUM 
PLEBIAN

Plebian ialah golongan rakyat biasa pada zaman

awal Republik Rom. Plebian termasuk hamba yang

dibebaskan, petani, dan orang di bawah

tanggungan golongan aristokrat. Tidak diketahui

bagaimana mula berlaku perbezaan antara plebian

dan golongan aristokrat, tetapi perbezaan telah

wujud pada awal tahun 500 S.M.

UMUM 
PULAU LORD HOWE

Pulau Lord Howe (pend. 320) ialah pulau

gunung berapi yang terletak di luar pantai timur

Australia , kira-kira 650 kilometer di sebelah timur

laut Sydney. Pulau ini merupakan wilayah

tanggungan New South Wales. Ia mempunyai

kawasan seluas 1303 hektar.

UMUM 
RESIT

Resit ialah pernyataan bertulis tentang

pembayaran yang dilakukan oleh seseorang

kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah

pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang

atau harta yang dipindahkan daripada

pemilikan atau tanggungan seseorang kepada

seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa

sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga

jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian

(apabila sebahagian daripada jumlah penuh

dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu .

UMUM 
RETURNED SERVICES LEAGUE OF AUSTRALIA

Returned Services League of Australia

yang lebih dikenali sebagai R.S.L. , ialah sebuah

persatuan yang memberi keutamaan terhadap

kebajikan dan kesejahteraan ahli-ahlinya, serta

bekas anggota perajurit lelaki dan wanita termasuk

tanggungan mereka. Persatuan ini mempunyai

lebih kurang 270 000 ahli. Pada mulanya ia

ditubuhkan sebagai satu pertubuhan kebangsaan

pada 6 Jun 1916.

UMUM 
12

Kembali ke atas