Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.ruh] | تاروه

Definisi : 1. wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: tidaklah berani orang Kemboja me-lawan ayam Raja Chulan sebab ayamnya sangat bertuah konon, lagipun ~nya terlalu besar; 2. cagaran utk barang yg digadai dll, sandaran, tanggungan: diberikannya gelang emasnya sbg ~; 3. bp = menaruh menem­patkan, meletakkan, membubuh: tempat ~ basikal; 4. bp = menaruh menyimpan: saya ada ~ satu bungkusan surat kepunyaan saudara saya; ~ beras dlm padi prb menyimpan rahsia baik-baik; ~ mata melihat, memerhatikan, meng-awasi; ada beras ~ dlm padi, ada ingat ~ dlm hati prb kalau ada sesuatu cita-cita yg diingin-kan tidak perlulah dikhabarkan kpd orang sebelum dikerjakan; tidak dapat ~ muka malu melihat (dilihat) orang;bertaruh 1. memasang taruh (dlm perjudian), bertagan: adakah orang hendak menyabung ~ begitu kecil? 2. memastikan (menjamin) dgn membubuh taruh: saya berani ~ mereka itu masih bersekolah; ~ sirih menghantar sirih utk menempah bidan; bertaruhan saling memasang taruh (dlm perjudian), saling bertagan: mereka secara berkelakar ~ seorang dua puluh lima ringgit; bertaruhkan 1. bertaruh (bertagan) dgn, me-masang taruh dgn: mereka ~ wang; 2. sl menyerahkan supaya dididik, menyuruh me-me­­lihara, mengamanahkan, menitipkan: maka Bendahara pun ~ anak raja itu kpd saudagar itu; menaruh 1. meletakkan, menempatkan: ada sebuah rumah batu tempat ~ barang dagangan; 2. membubuh, menambah: lemang itu lebih sedap rasanya jikalau ditaruh banyak santan kelapa; 3. memberi atau membubuh (nama dll): maka ditaruhnya nama anaknya itu Syeikh Abdul Kadir utk mengambil berkat nama bapanya; 4. menentukan atau meletak-kan (harga): harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi; 5. memasang taruh, bertaruh: dia ~ lima ringgit dgn kawannya dlm perlawanan tinju itu; 6. menyuruh simpan (bela, pelihara), meng­amanahkan, menitip: murid-murid boleh ~ basikal mereka di sini; 7. menyimpan (wang dll), menabung (wang), menanam (modal): mereka digalakkan supaya ~ wang di dlm bank tersebut; 8. memelihara (binatang dll), membela: adalah Raja Iskandar Shah itu ~ seorang gundik; 9. memiliki, mempunyai: anakanda hendak mencari orang yg ~ burung borak; 10. menyimpan (dlm hati), merahsiakan sesuatu: dia itu tidak boleh dipercayai kerana tidak pandai ~ rahsia; 11. mempunyai perasaan (kasih, sayang, cinta, dendam, benci, dll), mempunyai (minat, kepercayaan, dll): ada juga seorang dua yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya ini; 12. tidak menggunakan (barang-barang), menyimpan: bagaimana datuk ini bagai pak si Bendul, diberi raja usungan ditaruh?~ bimbang berasa bimbang; ~ dendam ber-perasaan dendam; ~ fikiran mempertim­bangkan; ~ hati mencintai, suka kpd; ~ kasihan berasa kasihan; ~ keberatan berasa enggan; ~ mata melihat, memerhatikan; ~ perhatian memberi perhatian; ~ syak berasa syak (curiga, waswas);menaruhi 1. menaruh (meletakkan, me-n­yimpan, dll) di; 2. memasang taruh pd: dia ~ ayam putih itu;menaruhkan menaruh atau menyimpan utk orang lain;mempertaruhkan 1. menyuruh orang lain menyimpan (menyelenggarakan, menjaga, dll), mengamanahkan (kpd), menitipkan: ia hendak ~ anak cucunya kpd aku; 2. menye-rahkan (jabatan, pekerjaan, dll) kpd: sudah tiba masanya utk ~ jawatan itu kpd seorang yg lebih muda; 3. mencagarkan, meng-gadaikan: kerismu itu cukup utk diper­taruh-kan dgn rialku seratus ini; 4. memasang sbg taruhan (dlm perjudian): raja itu ~ negerinya dlm persabungan; 5. menyabung nyawa, mengorbankan (nyawa dll): dia sanggup ~ jiwanya utk menjaga nama baik keluarga-nya; 6. = menaruh menanam modal (dlm pasaran saham): dgn ~ RM2000 dlm stok, kamu boleh mendapat mendapat keuntungan yg banyak; taruhan 1. = pertaruh, petaruhan wang dll yg dipasang dlm perjudian, tagan: 50 sen sahaja ~ saya pd nombor 21; 2. sesuatu yg disuruh simpan (selenggara dll), titipan; 3. cagaran, gadaian: adat orang berhutang, tiada ~ ditangguh, tiada tangguhan cagaran, tiada cagaran ikutkan; 4. simpanan: wang ~; 5. (barang) yg hanya dipakai utk sesuatu upacara (spt pesta, majlis perkahwinan, dll): ayuhai Kembang, inilah kain ~ beta; 6. pengorbanan (nyawa dll), sabungan nyawa: termakan budi besar celakanya, kadang-kadang nyawa dan badan jadi ~nya; 7. (anak) yg dicintai (dikasihi): segala anak-anak dara ~ sekaliannya ber-terpaan hendak melihat Raja Zainal; anak ~; gadis ~ gadis pingitan; 8. hadiah yg ditawar-kan (kpd orang yg menangkap pengganas dll); pertaruhan 1. perihal bertaruh; 2. = pena-ruhan tempat menaruh, tabungan: bertahun-tahun kemudian, barulah wang itu keluar drpd ~, kadang-kadang utk belanja ke sekolah; 3. simpanan, titipan; berpenaruhan ark berada, berharta, kaya; pertaruh 1. sesuatu yg dipertaruhkan (cagaran, tanggungan, dll); 2. titipan: adapun ~ akulah anak kita Hussain kpd Bendahara; 3. nasihat (ajaran) yg baik; 4. amanat, pesanan, wasiat: segala ~nya itu dijalankan; petaruh orang yg bertaruh; berpetaruh 1. memberi petaruh, menasihat; 2. berpesan, berwasiat: dia ~ benar melarang orang menyentuh barang itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.ruh] | تاروه

Definisi : 1 wang yg dipasang ketika ber­­­­­main judi; tagan. 2 sesuatu yg diserahkan sbg cagaran ketika meminjam wang; sandaran. bertaruh 1 memasang taruh ketika berjudi; bertagan: Ke­banyakan orang yg ~ dlm permainan judi itu telah kalah. 2 membubuh taruh kerana terlalu yakin atau pasti akan sesuatu: Saya berani ~ Malaysia akan menang dlm peraduan itu. menaruh 1 meletakkan sesuatu di sesuatu tempat; menem­pat­kan: Rumah ini tempat ~ barang dagangan. 2 meletakkan atau menentukan harga: Harga yg ditaruhnya itu terlalu tinggi. 3 menyimpan wang dlm tabung dll; menabung: Murid-murid digalakkan ~ wang di bank. 4 menambahkan sesuatu pd; membu­buh; menokok: Sesudah ditaruh asam garam, barulah boleh digoreng. 5 mempunyai perasaan (spt kasih, sayang): Ada juga yg masih ~ belas kasihan terhadap nasibnya yg malang itu. mempertaruhkan 1 me­masang sesuatu sbg bahan ber­taruh dlm perjudian: Raja itu telah ~ negerinya dlm persabungan itu. 2 menjadikan sesuatu sbg bahan yg disandarkan atau yg dicagarkan: Dia sanggup ~ nyawanya utk menjaga nama baik keluarganya. taruhan 1 wang dll yg dipasang ketika bermain judi; taruh; tagan. 2 apa-apa yg disimpan; simpanan: Wang ~ saya sekarang ini berjumlah lima ratus ringgit. 3 orang yg dikasihi: anak ~; gadis ~. pertaruhan 1 peri­hal (perbuatan dsb) bertaruh: Judi ialah segala jenis ~ yg mengharapkan keuntungan yg lebih besar. 2 sesuatu yg dipertaruhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
taruh (kata nama)
1. Bersinonim dengan tagan: teban, tabanan,

2. Bersinonim dengan cagaran: sandaran, tanggungan, gadaian,

Kata Terbitan : bertaruh, menaruh, mempertaruhkan, taruhan,

Puisi
 

Taruh mari di dalam kangkung,
     Lilit banyak di dahan gelugur;
Kalau sudah bacang gantung,
     Sampai kering tak mahu gugur.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Taruh beras dalam padi.

Bermaksud :

Rahsia hendaklah disimpan baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada beras, taruh dalam padi).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud: Ada beras taruh dalam padi, Ada ingat taruh dalam hati.

Saudara,

Maksudnya ialah rahsia hendaklah disimpan baik-baik. 

Lain-lain22.11.2010
Saya memerlukan pengesahan tentang istilah stakeholder kerana saya dapati penerangan/jawapan yang ada di sini: https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=pemegang+taruh&d=175768&#LIHATSINI seolah-olah bercanggah antara satu-sama lain. Carian saya juga mendapati "pemegang taruh" sangat meluas digunakan dalam bidang pengurusan. Bolehkah saya tahu mana satu istilah yang sepatutnya digunakan (wajib/ pilihan). Terima kasih. Saya juga ingin cadangkan agar laman PRPM ini selalu dikemas kini. Jika ada perubahan semasa, padamkan semua entri lama / jawapan lama yang sudah obsolete/lapuk. Saya dapati banyak orang tersalah dan kekeliruan berlaku disebabkan terlalu banyak maklumat lapuk pada PRPM, temasuk pecanggahan pada laman-lama yang berbeza - bergantung pada cara carian dibuat. Dan menjadi masalah apabila orang-orang bidang bahasa berpegang pada sesuatu yang kurang tepat, hasil carian di PRPM. Harap cadangan ini mendapat pertimbangan sewajarnya. Terima kasih.

Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "stakeholder" ialah pemegang taruh dan pihak berkepentingan. Perkataan pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran.

Ribuan terima kasih atas cadangan puan dan kami sentiasa berusaha memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Istilah24.09.2021
Salam Sejahtera, apakah perbezaan di antara pemegang taruh dan pihak berkepentingan?
stakeholder 1. (in betting, race) pemegang taruh2. (leg.) pemegang amanah harta. Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stakeholder pihak berkepentingan Pentadbiran Pengurusan -

Padanan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan pemegang taruh dan pihak berkepentingan ialah kedua-duanya menggunakan perkataan stakeholder. Bezanya, konsep pemegang taruh digunakan dalam sesuatu pertaruhan atau perlumbaan manakala pihak berkepentingan digunakan dalam bidang pentadbiran dan pengurusan.
Makna26.03.2018
Bolehkah saya menterjemah "stakeholder" dalam bahasa Melayu sebagai "Pemegang kepentingan"?Stakeholder ialah pemegang taruh atau pemegang amanah.Makna25.08.2006
64633/2016 tidak faham komen . Dalam Iklan Sebenar , masuikan titik=No Saya dah masuk titik selepas SDN. BHD. , mana nak taruh titik lagi??Yang dimaksudkan pada komen supaya memasukkan tanda titik ialah pada "No"  -->  No. Fail: MBSALain-lain23.12.2016
Apakah maksud yang sesuai dalam Bahasa Melayu untuk istilah Bahasa Inggeris ini "stakeholders"?Dalam bahasa Melayu, "stakeholder" dipanggil sebagai pemegang taruh.Makna08.08.2018

Kembali ke atas