Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tau.bat] | توبة

Definisi : permintaan ampun yg disertai rasa sesal dan berazam kembali ke jalan yg benar. ~ nasuha taubat yg sebenar-benarnya (dgn jujur dan ikhlas). bertaubat meminta ampun dan menyesal atas dosanya yg sudah-sudah dan berazam tidak akan melakukannya lagi: Selepas ~, barulah ia pergi ke Mekah menunaikan rukun Islam yg kelima. menaubatkan menyedarkan seseorang akan dosanya hingga me­nyebabkan orang itu bertaubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tau.bat] | توبة

Definisi : 1. sesal akan dosa (perbuatan jahat dll) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi: ~lah kakanda, janganlah kakanda perbuat lagi spt yg telah lalu; 2. kembali kpd Tuhan (dgn mening­galkan perbuatan dll yg dilarang dan membuat apa-apa yg disuruh), kembali atau pindah agama kpd agama yg dianggap benar: dahulu ia seorang ateis, tetapi sekarang sudah ~ nampaknya, hendak naik haji pula; ~ nasuha taubat (rasa kesal) yg sesungguhnya; 3. bp sudah tidak berani berbuat lagi, sudah bosan, sudah jera: ~, aku tak pergi lagi; 4. kata seru utk menyatakan perasaan hairan (kesal, sebal, dll): ~, ~, bodoh benar budak ini! bertaubat 1. menyesal dan berazam mem-perbaiki diri, mengaku salah, berasa serik; 2. kembali kpd Tuhan atau agama; menaubatkan 1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kpd Tuhan); 2. menjerakan, mengalahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
taubat
Kata Terbitan : bertaubat, menaubatkan,