Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak tipis (barang yg berkeping-keping atau berhelai-helai, spt kertas, papan, kain, buku, dll): kertas ~; selimut ~; tilam ~; 2. kasar dan jelas kelihatan (garisan, tulisan, dll): garis ~; huruf ~; 3. padat (awan, kabus, dll), tumpat: asap ~; awan ~; 4. lebat lagi banyak tumbuhnya (rambut, janggut, tanam-tanaman, dll): hutan yg ~; rambut ~; rumput di situ amat ~; 5. teguh dan kukuh (iman, kepercayaan, keyakinan, kasih sayang, dll), banyak mengandungi atau berisi dgn (sesuatu), mendalam: ia tahu betapa ~nya cinta suami-nya terhadap dirinya;~ bibir tidak suka bercakap banyak; ~ hati keras hati; ~ jangat = ~ kulit tidak tahu malu, tidak berperasaan; ~ kantung banyak wang (kaya); ~ lidah susah hendak menyebut kata-kata asing, keras lidah; ~ muka = muka ~ tidak tahu malu; ~ telinga a) tidak meng¬≠hiraukan (ejekan, makian, dll orang); b) tidak tahu malu; menebal menjadi tebal: hujan sudah ber-henti betul, hanya asap sabut yg mula ~ semula; menebalkan 1. menjadikan tebal; 2. mem-perkukuh (iman, hati, kepercayaan, dll), mem-perkuat, memperteguh: lawatan itu diadakan utk ~ persaudaraan antara kedua-dua belah pihak; ~ muka menghilangkan perasaan malu, sanggup menanggung malu; ~ telinga menekan perasaan (kalau dimarahi, diejek, dll);mempertebal menjadikan lebih tebal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ~ bibir sj ikan laut, Plectorhyncidae; ~ pipi sj ikan laut, Pamadasys spp.; ~ sisik sj ikan darat, Puntius binotatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak tipis (bkn benda yg berkeping-keping, spt kertas, papan): kertas ~; tilam ~. 2 padat (bkn awan dsb); tumpat: awan ~; kabus ~. 3 kasar dan jelas kelihatan (bkn garisan dsb): huruf ~. 4 tumbuh dgn banyaknya; lebat: Rambutnya ~. 5 ki teguh dan kuat (bkn iman, kepercayaan dsb). ~ hati tidak mendengar nasihat orang; degil. ~ muka tidak tahu malu. ~ telinga tidak mempedulikan ejekan atau makian orang. menebal menjadi tebal: Janggutnya yg sudah hampir sebulan tidak dicukur itu mula ~. menebalkan 1 menjadikan tebal. 2 meneguhkan iman dsb. mempertebal menjadikan lebih tebal. ketebalan keadaan tebal. penebalan perbuatan, perihal dsb menebal atau menebalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; ~ bibir nama sj ikan laut, Plectorhyncidae. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : tebal

Tesaurus
 
tebal (adjektif)
1. Bersinonim dengan padat: tumpat, penuh, banyak,
Berantonim dengan nipis

2. Bersinonim dengan lebat: banyak, rapat, rimbun, padat, penuh, sendat, sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan,
Berantonim dengan jarang

3. Bersinonim dengan teguh: kuat, kukuh, kental, mendalam,
Berantonim dengan lemah

Kata Terbitan : menebalkan, ketebalan, penebalan,

Puisi
 

Hilang tin gunung ditumpal,
     Nampak dari Gunung Jematu;
Pinggang ramping badannya tebal,
     Pandai juga membuat laku.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kerana sabut tebal,
     tempurungnya pun menjadi kebal.

Bermaksud :

Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
epekkain panjang yg agak tebal yg dililitkan pd perut wanita, biasanya yg baru melahirkan anak, dgn tujuan utk mengempiskan perutKamus Dewan Perdana
elitrasayap hadapan pd serangga drp order Coleoptera yg keras dan tebal, sbg pelindung yg menutupi seluruh abdomen dan sayap belakang, dan tidak berfungsi utk terbang, mis yg terdapat pd kumbangKamus Dewan Perdana
endomiokarditisradang pd membran nipis dan licin yg melapisi kebuk jantung dan lapisan tengah yg paling tebal pd dinding jantungKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas