Kulit ular dikata tebal, Tebal lagi kulit sawa; Kalau pujuk makin menyebal, Kalau dimarah baru tertawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Kabus tebal bulan purnama, Kenanga melati, bunga sena; Menghapus kemiskinan agenda utama, Perancangan pembangunan harus dibina. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Padang pasir debunya tebal, Berjalan kaki pastilah lenjin; Orang pandir tentulah bebal, Jangan sekali jadi pemimpin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Adik manis memakai tudung, Berbaju tebal menahan dingin; Tidak berilmu ibarat gelembung, Ke sana sini membawa angin. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
Mengapa hari tak mahu terang, Kabut tebal setiap pagi; Mengapa laki tak mahu pulang, Takut disambal oleh bini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hutan terbakar di Kalimantan Barat, Kabus tebal tidak terperi; 19 September tarikh tersurat, Isytihar darurat seluruh negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
Julai peristiwa maut, Helikopter trehempas di hutan tebal; Belas kasih aku terpaut, Usah disoal usah disangkal. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Bawa bekalan bukan sedikit, Hendak bertandang ke rumah Pak Dahlan; Hutan tebal tanah berbukit, Hujan ribut menutup jalan. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Sungguh beruntung memakai capal, Capalnya dapat pelindung kaki; Sungguh beruntung bermisai tebal, Tebalnya dapat menyaring kopi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hilang tin gunung ditumpal, Nampak dari Gunung Jematu; Pinggang ramping badannya tebal, Pandai juga membuat laku. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |