Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ga.han] | تݢهن

Definisi : sesuatu yg ditegah; larangan: menjauhkan ~ tidak melakukan apa-apa yg terlarang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.ga.han] | تݢهن

Definisi : apa yg ditegah, larangan, sekatan: di sana tidak ada ~ membuang sampah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tegah
Kata Terbitan : menegah, tegahan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tegahansesuatu yg ditegah; larangan: menjauhkan ~ tidak melakukan apa-apa yg terlarang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tegahanapa yg ditegah, larangan, sekatan: di sana tidak ada ~ membuang sampah.Kamus Dewan Edisi Keempat
tegahansesuatu yg ditegah; larangan: menjauhkan ~ tidak melakukan apa-apa yg terlarang.Kamus Pelajar
cegahanlarangan (tegahan dll): ibunya tidak mendengar ~nya; pakatan yg ada berjaya menjalankan fungsi ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tegahtegahan sesuatu yg ditegah; larangan: menjauhkan ~ tidak melakukan apa-apa yg terlarang.Kamus Pelajar
haram1. hukum tegahan (dlm Islam) yg di­janjikan ganjaran pahala bagi orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg meng­ingkarinya: babi ~ dimakan oleh orang Islam; tidak peduli halal ~ tidak mengendah­kan hukum; 2. ditegah (terlarang) oleh undang-undang, tidak sah (di sisi undang-undang): dia ditangkap kerana masuk secara ~ ke negeri ini; kumpulan ~; rumah ~ rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah kilat; tanah ~ tanah yg diduduki atau dikerjakan tidak dgn izin kerajaan (tuannya); 3. suci, tidak boleh dikerjakan hal-hal yg tidak menentu; Tanah H~ Mekah dan Madinah; Masjidil~ masjid Mekah; 4. bp sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul: ~, aku tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara itu; 5. bp sedikit pun, langsung (tidak), sama sekali (tidak): ia lari terus, ~ tidak menoleh ke belakang; sehingga hampir waktu senja, jejak babi tunggal tidak juga ditemui, malah berbau pun ~; 6. bp tidak ada, tiada (satu antara yg banyak): ~ seorang pun di antara pengunjung kamar itu tahu bahawa mereka sedang dikepung; ~ jadah (zadah) a) (kata makian) anak yg tidak sah (lahir di luar nikah); b) (kata makian secara am) celaka: lori ~ jadah itu bukan kenal jenis makhluk; mengharamkan memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah: agama Islam ~ penganut-pe­nganutnya minum arak, berjudi dan me­lakukan beberapa perbuatan lain; 2. tidak membenarkan (mengizinkan, melulus­kan, dsb), menetapkan (mengisytiharkan) sbg me­langgar undang-undang, menegah: keraja­an telah ~ penerbitan buku itu; 3. berteguh hati (berazam) utk tidak melakukan sesuatu: dia ~ dirinya drpd memasuki tempat yg terkutuk itu lagi; pengharaman tindakan atau ketetapan me­ng­­haramkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesi­hatan; beberapa buah negara men­cadang­kan ~ senjata-senjata atom.Kamus Dewan Edisi Keempat
berdegilenggan menurut perintah, nasihat, tegahan dll: Jangan ~ lagi, lekas buat apa yg disuruh oleh guru itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berdegilenggan menurut perintah, nasihat, tegahan dll: Jangan ~ lagi, lekas buat apa yg disuruh oleh guru itu.Kamus Pelajar
larangan1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hubaya-hubayasl 1. kata utk memperteguh nasihat (tegahan, teguran, dll), tidak boleh tidak, sekali-kali: ~ yg kata hamba ini jangan tidak diturut supaya saudara hamba sukacita dan sentosa; 2. sl kata utk menguatkan ha­rap­an atau doa, hendaknya, mudah-mudahan: marilah kita berdoa kpd Allah ~ janganlah datang lagi bala itu; 3. lebih-lebih lagi, terlebih lagi, tambahan lagi, terutama lagi (pula): akan tetapi lama-kelamaan ~ setelah didengarnya sindiran ibunya sendiri yg tajam-tajam lagi, ia pun insaf akan dirinya.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas