[te.ka] | تکا
Definisi : meneka menebak, menduga, mengagak: dapatkah kamu ~ mengapa orang itu datang menemui kita?; bukan semudah itu utk ~ hati manusia; tekaan apa yg diteka, dugaan, sangkaan, tebakan; peneka orang yg meneka: hanya empat orang ~ sahaja telah dapat meneka dgn tepat dlm peraduan teka bola itu; terka I. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[te.ka] | تکا
Definisi : ; ~ silang (kata) teka-teki yg menggunakan huruf dlm petak-petak tertentu. meneka mengagak apa yg sebenarnya; menduga: Dapatkah kamu ~ berapa harga barang ini? tekaan jawapan ketika meneka; dugaan; sangkaan. peneka orang yg meneka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)