Sejarah memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat kita agar dapat terus ____ ke hadapan tanpa mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh masyarakat terdahulu. Perkataan "melangkah" sesuai ?? | Antara maksud langkah ialah perbuatan/pekerjaan yang baru bermula. Jika ayat tersebut merujuk asas kepada perbuatan/perkara tersebut, maka perkataan melangkah boleh digunakan. | Tatabahasa | 17.08.2013 |
Pengertian perkataan teladan atau tauladan. | ejaan sebenar ialah teladan yang membawa maksud perbuatan dan lain-lain yang patut diikuti atau dicontohi. | Tatabahasa | 01.08.2007 |
Adakah perkataan 'uswah hasanah' yang bermaksud contoh teladan baik merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w boleh digunakan dalam Bahasa Melayu | Maksud uswah hasanah ialah contoh teladan yang baik yang merujuk kepada Nabi Mohamad SAW. Perkataan tersebut boleh digunakan untuk tujuan tersebut. | Makna | 01.03.2007 |
1. tolong berikan perbezaan penggunaan baru/baharu 2. berikan maksud teladan/tauladan | Kata baru atau baharu sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan rumah baru/baharu; tahun baru/baharu. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam penggunaan baru tiba; baru-baru ini. Kata yang baku ialah teladan yang bermaksud perbuatan dll. yang patut diikut,contoh. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1632. | Tatabahasa | 31.05.2008 |
Adakah entiti mithali bermaksud teladan? | Ejaan yang betul ialah misali iaitu berkaitan dengan seseorang yang boleh dijadikan contoh atau diteladani seperti ibu misali. | Makna | 18.04.2014 |
Apakah perkataan yang tepat ejaannya dan maknanya bagi perkataan berikut? 1. Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia 2. Indikator atau kata kunci ? 3. Tauladan atau teladan | Kedua-duanya betul, Bahasa Melayu untuk mata pelajaran di sekolah dan bahasa Melayu merujuk Malay language. Menurut arahan kabinet istilah bahasa Melayu hendaklah digantikan dengan istilah bahasa Malaysia. 2. Indicator ialah petunjuk. 3. Teladan yang bermakna perbuatan dll yg patut diikut, contoh. | Lain-lain | 16.04.2009 |
Assalamaualaikum & salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanyakan soalan tentang cara-cara untuk penerbitan buku kerana saya sudah mempunyai skrip penulisan cerita hasil karya saya sendiri. Untuk pengetahuan tuan/puan genre buku saya adalah berkaitan tentang kisah teladan kanak-kanak. Justeru itu, saya ingin menerbitkan himpunan cerita-cerita kanak ini dalam bentuk buku sebagai teladan kepada kanak-kanak sekarang. Persoalan saya disini, saya baru hendak mula menerbitkan buku, jadi saya tidak tahu cara sebetulnya kemana skrip ini harus dihantar untuk dinilai?? dan adakah saya perlu mengeluarkan sebarang kos dalam penerbitan buku saya ini? Mohon bantuan daripada tuan/puan atas masalah saya ini. | Anda perlu menghantar cadangan penulisan(contoh penulisan dan maklumat diri) atau manuskrip lengkap untuk penilaian pihak kami. Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk penerbitan karya anda termasuk menyediakan lukisan. Sila hantar karya anda ke alamat berikut: Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja(PURNAMA), Tingkat 21, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur | Lain-lain | 12.06.2010 |
karangan contoh ataupun Contoh Karangan ???? sebabnya | Karangan contoh ialah karangan yang menjadi teladan. Contoh karangan ialah karangan yang dapat mewakili karangan lain kerana sama ciri-cirinya. | Lain-lain | 19.08.2006 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan tangguh kerja anda. 2. Ibu bapa menjadi teladan kepada anak. 3. Wanita itu membeli sepasang telekung yang baharu. 4. Air tasik itu sangat tenang. 5. Kucing ini terjun dari bumbung rumah. Terima kasih. | Ayat contoh yang diberikan adalah betul. Ayat pertama misalnya, betul dan lazimnya digunakan dalam ayat perintah. | Tatabahasa | 28.09.2012 |
BIDALAN DAN PERUMPAMAAN | Bidalan adalah sejenis ungkapan yang menekankan tentang teladan yang mengandungi unsur pengajaran. Bidalan biasanya disampaikan dalam bentuk bandingan. Menurut Za’ba(2002:170) Bidalan lebih memberatkan tentang sifat melekatnya di mulut orang ramai dan tentang bandingan dan teladan yang ada di dalamnya. Jika pepatah dikenali juga sebagai peribahasa selapis, begitu juga dengan bidalan. Terlajak perahu boleh diundur,Terlajak kata emas padahnya. Perumpamaan ialah susunan bahasa yang ringkas dan padat yang membawa makna dua lapis. Ungkapan Melayu tradisional ini menyebutkan sesuatu maksud dengan memberikan perumpamaan kepada sesuatu perkara yang lain yang serupa dengannya. Mengikut Za’ba (2002: 170) perumpamaan ialah sejenis peribahasa yang menyebut sesuatu maksud dengan diumpamakan kepada sesuatu perkara lain dan oleh sebab itu jadi ertinya dua lapis. Contohnya “Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain”. Seperti bumi dengan langit - Seperti api dalam sekam
- Seperti anjing dengan kucing
| Lain-lain | 16.03.2010 |