Auld lang syne ialah dialek orang Scotland yang
bererti old long since (sejak lama dahulu) atau hari
telah berlalu. Perkataan ini menjadi judul sebuah
lagu yang digemari oleh semua orang yang dapat
bertutur dalam bahasa Inggeris.
Robert Burns menyatakan bahawa dia mencatat
perkataan ini apabila mendengar seorang lelaki tua
menyanyikannya akan tetapi orang menganggap
Burns yang mencipta kata-kata tersebut. Lagu ini
dinyanyikan dengan melodi Scotland lama.
Ia adalah lagu tradisi untuk menyambut ketibaan
Tahun Baru, terutama di Scotland.
Lihat juga Burns, Robert.