Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.ko.mu.ni.ka.si] | تيليکومونيکاسي

Definisi : (télékomunikasi) sains yg ber­-kaitan dgn penghantaran maklumat mela­lui talian telefon, gentian optik, mikro­gelom-bang dan satelit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.ko.mu.ni.ka.si] | تيليکومونيکاسي

Definisi : /télékomunikasi/ ko­mu­nikasi jarak jauh melalui telefon, telegraf, radio dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telekomunikasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika 'kedai telekomunikasi' adakah ianya bersesuaian untuk kegunaan papan iklan.Frasa yang betul ialah "Kedai Alat Telekomunikasi" kerana yang dijual (di kedai) ialah alat telekomunikasi bukan telekomunikasi.Tatabahasa24.08.2011
Minta bantuan Perkataan jawi untuk 1) KEDAI KOMPUTER DAN TELEKOMUNIKASI 2) KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI 3) KEDAI TELEKOMUNIKASI terima kasih1. کداي کومڤوتر دان تيليکومونيکاسي
2. کداي الت تيليکومونيکاسي
3. کداي تيليکومونيکاسي
Ejaan09.12.2019
apakah perbezaan diantara lakaran alat telekomunikasi dengan lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi?Lakaran yang pertama bermaksud lakaran alat telekomunikasi.iaitu merujuk alat.   Lakaran olahan ilustrasi alat telekomunikasi merujuk lakaran olahan ilustrasi yang dibuat oleg alat telekomunikasiLain-lain27.03.2008
Saya ingin menjadikan gambar iklan di bawah sebagai papan iklan kekal di premis perniaggan saya. Mohon untuk memberi cadangan.Sila pinda Kedai Telekomunikasi kepada PUSAT TELEKOMUNIKASI dan besarkan saiz hurufnya. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa07.10.2015
kedai telekomunikasiUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain11.10.2017
KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI red one DIMILIKI OLEH:90 CODE TELESHOP(003247110-A)Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. 

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. 
Terima kasih.
Lain-lain01.12.2022
KEDAI ALAT TELEKOMUNIKASI Hoco.Malaysia DIMILIKI OLEH:ROBOCART ENTERPRISE(002790926-D) Fashions Digital LifeUntuk permohonan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui DBP Sah Bahasa di www.dbpsahbahasa.my, Jika menghadapi masalah berkaitan dengan sistem sila hubungi talian 03-21479389/9398/9400/9500/9600.Lain-lain03.04.2018
Adakah ayat "kedai alat telekomunikasi" sesuai digunakan untuk papan iklan. Mohon pandangan tuan jika ada cadangan yang lain. TKFrasa "Kedai Alat Telekomunikasi" boleh digunakan untuk keterangan aktiviti kedai/iklan tersebut.Tatabahasa24.08.2011
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja?1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 
2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 
3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu  diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
Tatabahasa14.05.2020
Bagaimana saya boleh mendapatkan kelulusan penggunaan perkataan untuk ilkan kedai?Saya ada satu lampiran contoh iklan.Sila pinda Kedai Telekomunikasi Dan Komputer kepada Kedai Alat Telekomunikasi dan Komputer, dimiliki oleh kepada Dimiliki oleh.


Kemudian, hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepada tuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan.
Lain-lain20.03.2015
1234

Kembali ke atas