Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[té.lé.ko.mu.ni.ka.si] | تيليکومونيکاسي

Definisi : (télékomunikasi) sains yg ber­-kaitan dgn penghantaran maklumat mela­lui talian telefon, gentian optik, mikro­gelom-bang dan satelit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[té.lé.ko.mu.ni.ka.si] | تيليکومونيکاسي

Definisi : /télékomunikasi/ ko­mu­nikasi jarak jauh melalui telefon, telegraf, radio dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telekomunikasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELEKOMUNIKASI

Telekomunikasi ialah penghantaran dan

penerimaan pesanan untuk jarak yang jauh. Isyarat

yang boleh dilihat seperti menggunakan bendera,

lampu, atau asap adalah bentuk telekomunikasi yang

paling awal. Kini, istilah ini merujuk pada pelbagai

jenis sistem telekomunikasi elektrik dan elektronik

yang digunakan di seluruh dunia. Sistem

telekomunikasi moden menghantar dan menerima

bunyi, bahan bercetak dan imej yang boleh dilihat

dalam sekelip mata.

UMUM 
BELL, ALEXANDER GRAHAMTokoh yang membina rangkaian telekomunikasi telefonTEKNOLOGITokoh
TELEFON KUASA-BUNYI

Telefon kuasa-bunyi ialah peranti komunikasi

yang beroperasi hanya dengan kuasa bunyi yang

bergerak melaluinya. Telefon dan kebanyakan

sistem telekomunikasi yang lain beroperasi dengan

kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri atau

talian elektrik. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

tidak mempunyai sumber kuasa luar selain

yang dibekalkan oleh gelombang bunyi.

Telefon kuasa-bunyi hanya dapat beroperasi pada

jarak dekat, biasanya tidak melebihi 25 kilometer.

Oleh sebab tiada penguat digunakan, penutur mesti

bercakap dekat dengan telefon dan dengan suara

yang kuat. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi

mempunyai kebaikan dari segi daya tahan,

boleh diharap, dan menjimatkan.

UMUM 
DARWIN

Darwin (pend. 78 139) merupakan pusat

pentadbiran dan ibu negeri bagi Wilayah Utara

Australia. Bandar Darwin ialah pusat perhentian

penghabisan perjalanan melalui darat, laut, udara

dan juga perhubungan telekomunikasi. Bandar

ini juga mempunyai pangkalan tentera yang

besar dengan lapangan terbang tentera udara

dan pangkalan angkatan laut. Darwin mungkin

juga merupakan sebuah bandar kosmopolitan di

Australia. Kebanyakan penduduk Darwin ialah

keturunan Eropah, tetapi sebahagian besar warga

kota Darwin terdiri daripada keturunan Orang Asli,

Cina, Melayu atau Filipina.

UMUM 
TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) ialah sebuah

agensi yang ditubuhkan pada bulan September 1990

melalui satu usaha perbadanan dan penswastaan

oleh Kerajaan Malaysia. Perbadanan ini diletakkan di

bawah Jabatan Bekalan Elektrik di bawah

Kementerian Tenaga, Telekomunikasi dan

Multimedia, Malaysia. TNB bermula dengan

penubuhan Lembaga Letrik Pusat pada tahun 1949

dan ditukar nama kepada Lembaga Letrik Negara

(LLN) pada tahun 1965.

UMUM 
AMERICAN TELEPHONE AND TELEGRAPH COMPANY (AT&T)

American Telephone and Telegraph

Company (AT&T) ialah salah satu daripada

syarikat pemprosesan maklumat yang terbesar di

dunia. Syarikat ini membekalkan produk dan

perkhidmatan komunikasi kepada individu,

kerajaan dan perniagaan di Amerika Syarikat dan

di seluruh dunia. AT&T juga membuat komponen

elektronik dan sistem telekomunikasi.

UMUM 
SISTEM PENYIARAN MALAYSIA

SISTEM PENYIARAN MALAYSIA, sistem penyebaran maklumat di Malaysia.  Sistem penyiaran di Malaysia mengambil kira faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi telekomunikasi dan penyiaran.  Sejarah menunjukkan bahawa bidang penyiaran di Malaysia bermula dengan radio wayarles yang diterokai dan dipengaruhi British pada dekad 1920-an.  Bermula sebagai hobi di kalangan peminat radio amatur British dan sekumpulan rakyat tempatan, akhirnya menjadi suatu industri yang berkembang pesat selari dengan kehendak pasaran serta evolusi teknologi komunikasi mutakhir.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
RYLE, SIR MARTIN

Ryle, Sir Martin (1918–1984) ialah ahli Astronomi

Diraja British dari tahun 1972 hingga tahun 1982.

Sebagai ahli fizik, dia menjadi terkenal dengan kerja

telekomunikasi dan astronomi radio (kajian bintang

dengan menggunakan gelombang radio).

UMUMUmum
SUT ANGKASA

Sut angkasa ialah pakaian khas yang digunakan oleh angkasawan semasa berada di angkasa bagi melindungi diri mereka daripada persekitaran angkasa. Pakaian ini mempunyai sistem sokongan hayat bagi melindungi angkasawan dari extravehicular activities (EVA). EVA adalah aktiviti yang dilakukan oleh angkasawan di luar kapal angkasa semasa berada di angkasa lepas. Pada pakaian ini juga terdapat sistem tekanan dalaman sebesar 0.35-1 kg/cm² yang mempunyai bekalan oksigen bagi pernafasan angkasawan, sistem telekomunikasi, dan sistem penyejuk bagi tujuan keselesaan.

 

FIZIKAlat/Alatan

Kembali ke atas