Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.le.kung] | تلکوڠ

Definisi : = kain ~ kain selubung utk menutup tubuh perempuan (ketika bersembahyang), mukenah;bertelekung 1. mempunyai telekung; 2. me-makai telekung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.le.kung] | تلکوڠ

Definisi : ,= kain ~ kain selubung yg dipakai oleh orang perempuan ketika bersembahyang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata telekung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Yang mana satu betul : mini telekung atau telekung mini? 2. Dalam Kamus Dewan, miniskrit tetapi bas mini = mengapakah terdapat perbezaan?Hal ini berkaitan dengan Hukum D-M iaitu diterangkan dan menerangkan. Dalam peraturan ini unsur yang diterangkan itu merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur menerangkan merupakan unsur penerang yang perlu hadir pada kedudukan kedua. dalam hal ini jawapan yang betul ialah telekung mini. Namun kecualian peraturan D-M seperti Perdana Menteri, ibu pejabat dan lain-lain lagiTatabahasa09.07.2007
1. Antara telekung mini dengan mini telekung, yang manakah betul? apakah jawapan untuk soalan mencari kesalahan ayat tersebut (rujuk gambar) 2. Adakah 'membaikkan jalan', frasa ini betul? 3. Adakah kesalahan dalam 'memberikan banyak hadiah'? Bolehkan memberi rujukan untuk jawapan di atas? seperti kamus dll

1. Frasa yang betul ialah telekung mini. Ayat tersebut tiada kesalahan

2. Frasa ini salah, yang betul ialah membaiki jalan

3. Frasa memberikan banyak hadiah adalah betul. Kata memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa.

Tatabahasa21.07.2011
perkataan marhana- telekung sembahyangSoalan saudara/ saudari tidak jelas.Lain-lain29.10.2010
perkataan marhana- adakah bernaksud telekung. 'daripada zanariah' 'dari zanariah'

Perkataan marhana tiada dalam rujukan kami. Sila rujuk buku atau bahan yang berkaitan.

Lain-lain29.10.2010
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan tangguh kerja anda. 2. Ibu bapa menjadi teladan kepada anak. 3. Wanita itu membeli sepasang telekung yang baharu. 4. Air tasik itu sangat tenang. 5. Kucing ini terjun dari bumbung rumah. Terima kasih.Ayat contoh yang diberikan adalah betul. Ayat pertama misalnya, betul dan lazimnya digunakan dalam ayat perintah.Tatabahasa28.09.2012

Kembali ke atas