Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang yg dijadikan pasangan hidup (suami atau isteri). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : orang yg dijadikan pasangan hidup (isteri atau suami); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
teman (kata nama)
1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,

Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya Nama Tohiroh Kipan belajar bahasa melayu dasar ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna perempuanMenurut data kami, maksud perempuan ialah 1. jenis manusia sebagai pasangan kepada lelaki; jenis manusia umumnya akan atau dapat melahirkan anak 2. teman hidup bagi lelaki; isteri.Makna04.11.2015
Adakah perkataan ' kongsi' di iktiraf olih DBP? Perkataan ini dipakai dengan luas.

Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila nyatakan dalam konteks/bidang apakah kata ini digunakan bagi membolehkan pihak kami membuat rujukan.

Untuk makluman saudara, mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat  
Definisi Kongsi: 1. persekutuan (pergabungan) yg me­ngandungi dua orang atau lebih yg bekerja­sama (dlm sesuatu usaha dsb); rumah ~ rumah perkumpulan (pekerja-pekerja dll); 2. persekutuan pedagang-pedagang syarikat: baru-baru ini, satu ~ Cina telah membuka kedai di situ; ~ gelap perkumpulan sulit (utk maksud atau kegiatan jahat); ~ hidup teman hidup (suami atau isteri seseorang); berkongsi 1. bersekutu (bergabung) dlm se­suatu kegiatan (spt berniaga dll), bersama-sama (membayar, menggunakan, menduduki, dll): ketiga-tiganya ~ berniaga dgn sama-sama menanggung perbelanjaan dan membahagikan keuntungan; mereka ~ mendiami rumah itu; para dermawan yg sudi ~ derita dgn mereka yg memerlukan; 2. berkomplot, ber­sepakat: hamba menyangka tuan hamba ~ dgn lanun Panglima Tujuh; ~ hidup hidup bersama-sama (sbg suami isteri); mengongsi menggunakan (menduduki dll) bersama-sama: pelita yg sebuah itu dikongsi mereka ketika belajar; kongsian ark sj cukai yg dikenakan ke atas penduduk tanah persendirian; perkongsian 1. syarikat perniagaan yg di­jalankan secara berkongsi oleh dua orang atau lebih sbg rakan niaga: sebahagian drpd perusahaan bijih timah dimiliki oleh ~; 2. = ~ hidup perihal hidup bersama-sama (sbg suami isteri): ada orang yg membuat fitnah supaya ~ hidup mereka menjadi porak-peranda; pekongsi individu atau kumpulan yg ber­kongsi. 

Perkataan kongsi boleh menerbitkan beberapa perkataan yang lain seperti berkongsi, mengongsi dan perkongsian. Mengongsi bermaksud menggunakan atau menduduki bersama-sama.

Untuk keterangan lanjut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Tatabahasa09.05.2018
Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan.Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, isteri ialah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada lelaki; teman hidup, suri rumah. Balu pula merujuk perempuan yang suaminya sudah meninggal. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul ialah nama ibu (Balu kepada Allahyarham si polan).
Tatabahasa20.11.2013

Kembali ke atas