Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terjemahan untuk "grace Period"Jika dalam konteks ekonomi dan pentadbiran perniagaan diterjemahkan sebagai "tempoh tenggang/tempoh tangguh", manakala dalam konteks sosiologi dan pentadbiran diterjemahkan sebagai "tempoh tangguh".Makna09.12.2014
Ayat manakah yang betul di antara "pelanjutan tempoh masa" atau "perlanjutan tempoh masa"?Ayat yang betul ialah pelanjutan tempoh masa.Tatabahasa09.08.2018
Ingin dapat bantuan DBP dalam penggunaan "tempoh". Manakah satu yang betul? "tempoh dari 29/08/2013 hingga 05/09/2013" atau "dari tempoh 29/08/2013 hingga 05/09/2013"Frasa yang gramatis ialah ... tempoh dari 29/8/2013 hingga 05/09/2013.Tatabahasa13.09.2013
Pilihan yang manakah betul? a) Tempoh yang panjang b) Tempoh yang lamaKedua-duanya boleh digunakan merujuk konteks ayat.Tatabahasa27.02.2015
Berapa lamakah tempoh menunggu untuk kelulusan iklan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP?Untuk makluman tuan, setiap permohonan dalam Khidmat Pengesahan Bahasa DBP akan diproses dalam tempoh 48 jam. Walau bagaimanpun, tempoh ini bergantung pada jumlah permohonan yang terkumpul pada sesuatu masa, berkemungkinan permohonan akan diproses lebih awal daripada tempoh tersebut ataupun sebaliknya.Lain-lain29.08.2014
a) Dalam tempoh kurang dari 50 tahun. b) Dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. Yang mana lebih tepat?Frasa yang gramatis ialah "dalam tempoh kurang daripada 50 tahun".Tatabahasa09.09.2011
Yang mana satu betu, dalm sepanjang tempoh kontrak atau di sepanjang tempoh kontrak?Salam sejahtera,

Perkataan yang betul ialah "dalam sepanjang tempoh kontrak"

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa20.12.2017
adakah ayat ini betul? "Tempoh masa diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan mencukupi."

Puan Norasyikin, ayat yang betul ialah sama ada gunakan tempoh atau masa sahaja.

"Tempoh yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi."

" Masa yang diberi untuk penggubalan soalan peperiksaan adalah mencukupi."

Makna24.02.2010
saya ingin pastikan tajuk surat yang paling tepat samada menggunakan " Perlanjutan tempoh sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas bagi tempoh 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015" atau " Pencalonan semula sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga emas 1 Mac 2013 - 28 Feb 2015"
Frasa yang tepat ialah Pelanjutan Tempoh Sebagai Ahli Majlis Penasihat dan Perundingan Warga Emas bagi Tempoh 1 Mac 2013- 23 Februari 2015.
Tatabahasa08.01.2013
berapa lamakah tempoh hakcipta untuk sesuatu karya atau tulisan bagi setiap pengarang.Untuk makluman saudara, hak cipta di Malaysia tidak perlu didaftarkan. Hak cipta lahir sebaik sahaja karya dilahirkan. Manuskrip lengkap atau tidak lengkjap tetap dilindungi oleh hak cipta. Secara amalannya hak cipta pertama dipegang oleh penulis sendiri. Ini disebut dalam Akta Hak Cipta Seksyen 26 (1), Hak cipta hendaklah terletak hak mula-mulanya pada penciptanya. Hak cipta kekal kepada penulis sehingga hak ini dipindah atau dilesenkan kepada pihak lain melalui Perjanjian bertulis. Lain-lain05.03.2009
12345678910...

Kembali ke atas