Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul di antara "pelanjutan tempoh masa" atau "perlanjutan tempoh masa"?Ayat yang betul ialah pelanjutan tempoh masa.Tatabahasa09.08.2018
Penggunaan kata dari @ daripada untuk ayat berikut? Tempoh masa untuk permohonan telah dikurangkan daripada/dari 10 ke 7 hari bekerja.Penggunaan sendi nama yang betul ialah daripada dan kepada. Ayat tersebut menjadi Tempoh masa untuk permohonan telah dikurangkan daripada 10 kepada 7 hari bekerja.Tatabahasa24.02.2010
Bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan negara, maka penulis memberikan penekanan khas kepada tempoh masa daripada tahun 1957 hingga 2007. Soalannya: Betulkan penggunaan sendi nama 'daripada' di sini atau lebih baik menggunakan sendi nama 'dari'?Penggunaan sendi nama yang betul ialah "dari" bagi menerangkan tempoh masa, iaitu dari tahun 1957 hingga 2007.Tatabahasa29.08.2007
Bagaimana bahasa Melayu menulis tempoh masa. Contohnya: Isnin hingga Rabu, 2013 hingga 2015 dsb. Perkataan "hingga" boleh ditukar dengan tanda sempang. Sempang mana digunakan "-" atau "–". Bahasa Inggeris gunakan "–" untuk maksud "hingga". Bagaimana hendak menulisnya? Perlukah dijarakkan? Contoh: 2013-2015, 2013 – 2015 atau sebagainya?

Perkataan “hingga” boleh digantikan dengan tanda pisah "–" (bukannya tanda sempang). Tanda pisah ialah tanda baca yang panjangnya satu en dan dijarakkan. Contohnya: Jun – Oktober ; Dia tinggal di bandar itu dari tahun 1977 – 1980.

Ejaan10.01.2015
apakah makna periods of timeTerjemahannya ialah tempoh masa.Makna15.10.2007
millenniumEjaan yang betul ialah milenium. Maknanya pula tempoh masa seribu tahun, alaf.Makna19.01.2010
BERTANYA TENTANG PENGGUNAAN WAKTU PETANG DAN TENGAHARI, BILA KAH MULA DIGUNAKAN? 1 PETANG ATAU 1 TENGAHARI.Tempoh masa yang digunakan adalah seperti yang berikut : 1.00 am-11.59 am = pagi;  12.00pm-1.59 pm = tengah hari;  2.00pm - 6.59 pm = petangLain-lain01.09.2008
Selamat malam atau selamat petang? yang mana satu betul sedangkan waktu itu malam contohnya pukul 8 malamPenamaan tempoh masa yang diputuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah waktu petang antara pukul 2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. manakala waktu malam antara pukul 7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. Sementara tengah malam antara pukul 12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. Ucapan yang sesuai ialah Selamat malam.Lain-lain30.11.2006
Saya mempunyai satu dokumen untuk diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Bersama ini saya sertakan dokumen tersebut. Saya ingin tahu berapakah kadar bayaran dan tempoh masa yang diperlukan untuk terjemah dokumen ini? Dokumen ini adalah dokumen syarikat saya. Kerjasama dari pihak anda mat dihargai.Untuk makluman puan kami tidak menyediakan khidmat terjemahan. Apa yang dapat kami bantu, puan perlu menterjemahkan dahulu teks tersebut ke dalam bahasa Melayu dan kami akan menyemak terjemahan yang telah dibuat. Walau bagaimanapun jika puan masih memerlukan khidmat penterjemah, kami cadangkan puan berhubung terus dengan Persatuan Penterjemah Malaysia (di bawah naungan DBP) di talian 03-92262506.Lain-lain16.10.2012
Selamat pagi, boleh tanya apakah perbezaan penggunaan Kata Sendi Nama "hingga" dengan "hingga ke" ? Terima kasih.Kata sendi "hingga" biasanya digunakan untuk menunjukkan tempoh masa, manakala "hingga ke" pula menunjukkan jarak tempat.Tatabahasa05.01.2018
123456789

Kembali ke atas