Kurik Kundi Merah Saga | Tenang-tenang air di laut, Sampan kolek hanyut ke tanjung; Budi terkenang mulut tersebut, Budi baik rasa nak junjung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke hulu; Hati terkenang mulut menyebut, Orang benci kita tak tahu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air tenang nampak termenung, Hendak berenang terasa takut; Kalau asal kain ditenun, Lulus jarum benang mengikut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ulit tenang mudik suasih, Pergi ke teluk menarah papan; Bila terkenang budi kasih, Nasi sesenduk tidak termakan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Air pasang tenang di hulu, Kain tudung hias di pintu; Jika terkenang masa dahulu, Jantung berperang dengan hempedu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tasik Teduh airnya tenang, Tempat pengail main rakit; Nak pilih jodoh bukannya senang, Kena fikir macam bukit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Angin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Selat Teberau di air tenang, Pantai Lido pasir putih; Kasih lama jangan dikenang, Bila kukenang hatiku sedih. |