Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (ténang); menenang membidik, memitar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll): ~ bagai air dlm kuali; laut yg biasanya bergelora telah bertukar menjadi ~; 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan): ~ fikirannya; ia duduk dgn ~; setelah keadaan menjadi ~, mereka pun kembali ke kota; ~-lenang tenang sekali;bertenang, bertenang-tenang mengerja­kan sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru, tidak tergesa-gesa): dia harus ~ utk meng­hadapi peperiksaan; Aini yg sedang berte­nang-tenang itu tidak menghiraukan apa yg dikatakan oleh ibunya;menenangkan menjadikan tenang, menen­teramkan, meredakan: beliau mencuba ~ fikirannya; ~ fikiran (perasaan) a) menjadikan fikiran tenang, menenteramkan fikiran (perasaan) yg susah; b) mengheningkan cipta, bersemadi, bertafakur; ~ hati menenteramkan hati; ketenangan perihal tenang, keamanan, ketenteraman penenang (sesuatu) yg menenangkan: ubat ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /ténang/; menenang me­mejamkan mata sebelah utk melihat sesuatu tepat-tepat; membidik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 tidak berkocak atau tidak berombak (ttg air, laut dll); teduh (ttg angin, ribut dll): Air yg ~ jangan disangka tiada buaya. 2 ki tidak berasa gelisah (runsing dsb); aman dan tenteram (ttg keadaan dlm negeri dll): Beliau telah menjawab segala soalan itu dgn ~. Setelah anaknya kembali dgn selamat, barulah ~ fikirannya. ~-lenang sangat tenang. bertenang berbuat sesuatu dgn tenang (tidak terburu-buru). menenangkan menjadikan atau menyebabkan tenang; me­nenteramkan; meredakan: Dia ber­­nyanyi-nyanyi utk ~ hatinya yg runsing. ketenangan keadaan atau hal tenang; ketenteraman; ke­amanan. penenang 1 se­suatu (ubat, kata-kata dsb) yg mene­nangkan. 2 orang yg menenangkan: Anak tunggalnyalah yg menjadi ~ hidup­nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenang (adjektif)
1. Bersinonim dengan teduh: reda, hening, tidak berombak, tidak bergelora,
Berantonim dengan bergelora

2. Bersinonim dengan tenteram: lega, lapang dada, damai, bahagia, sejahtera, tabah, sabar, jenjam, kalem,
Berantonim dengan runsing gelabah

3. Bersinonim dengan aman: damai, sentosa, harmoni, rukun,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bertenang, menenangkan, ketenangan, penenang,

Puisi
 

Tenang-tenang air laut,
     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Air yang tenang,
     jangan disangka tiada berbuaya.

Bermaksud :

Orang yang diam jangan disangka pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(9)

19

A barking dog never bites

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Hari guruh tak akan hujan

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Hari guruh tak akan hujan ," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTenang-tenang air di laut, Sampan kolek hanyut ke tanjung; Budi terkenang mulut tersebut, Budi baik rasa nak junjung.
Kurik Kundi Merah SagaTenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke hulu; Hati terkenang mulut menyebut, Orang benci kita tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaLubuk Danti tepian Danta, Buaya mudik tenang-tenang; Kunci hati tutuplah mata, Supaya badan rasa senang.
Kurik Kundi Merah SagaAir tenang nampak termenung, Hendak berenang terasa takut; Kalau asal kain ditenun, Lulus jarum benang mengikut.
Kurik Kundi Merah SagaUlit tenang mudik suasih, Pergi ke teluk menarah papan; Bila terkenang budi kasih, Nasi sesenduk tidak termakan.
Kurik Kundi Merah SagaAir pasang tenang di hulu, Kain tudung hias di pintu; Jika terkenang masa dahulu, Jantung berperang dengan hempedu.
Kurik Kundi Merah SagaTasik Teduh airnya tenang, Tempat pengail main rakit; Nak pilih jodoh bukannya senang, Kena fikir macam bukit.
Kurik Kundi Merah SagaTasik Cini airnya tenang, Tempat kedidi selalu terbang; Hamba kini dalam bimbang, Akibat janji dilupai orang.
Kurik Kundi Merah SagaAngin berhenti lautan tenang, Buah berembang dikutip nyonya; Teringin hati memetik kembang, Rupanya kembang sudah berpunya.
Kurik Kundi Merah SagaSelat Teberau di air tenang, Pantai Lido pasir putih; Kasih lama jangan dikenang, Bila kukenang hatiku sedih.
123

Kembali ke atas