Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ngah] | تڠه

Definisi : 1. tempat (titik dll) yg letaknya di antara dua tepi (batas, benda, dll), bahagian di antara hujung dgn pangkal, lwn tepi (hujung): ia berdiri di ~ bukan di tepi; di ~ jalan mereka itu berdiri pula sejurus sambil melayangkan mata ke sana ke mari; 2. seperdua dr, separuh: hingar bingar itu terus-menerus hingga ke ~ malam; ~ dua satu satu perdua; ~ dua puluh lima belas; 3. di dalam, di antara (masyarakat dll), di kalangan: ia lebih suka bekerja diam-diam dan tidak suka mencari nama di ~-~ orang ramai; 4. dalam: ikan haruan di ~ sawah dan kuang di ~ rimba tidak selalu galak; 5. (anak dll) di antara yg sulung dan yg bongsu: yg tua laki-laki Baginda Mani Parindan dan yg ~ Raja Akar Muluk Syah namanya; 6. sedang (melakukan se-suatu), dlm pd itu, pd waktu (ketika) itu: Sultan Mahmud pun ~ santap; ~ berat sedang sarat (orang mengandung); ~ hari lebih kurang pukul 12 siang; ~ harungan di tengah laut; ~ malam lebih kurang pukul 12 malam; ~ naik a) matahari mulai tinggi (lebih kurang pukul 9 pagi); b) sudah mulai besar (anak yg berumur lebih kurang 15 tahun); ~ rumah = ~ ruang bahagian rumah yg di dalam; ~ tapak bayang ketika matahari tepat di atas kepala; ~ tubuh separuh umur; ~ turun lebih kurang pukul tiga petang; ke tengah 1. menuju (menghala, mengarah) tengah; 2. ki ke pengetahuan orang ramai, ke khalayak ramai: tidak apa-apa pun kete­rangan yg boleh dibawa ~; (boleh) dibawa ~ a) boleh diadukan; b) boleh didengar (dilihat dll); (boleh) ~ ke tepi ki dapat menye­suaikan diri; mengetengahi menjadi perantara dlm per-se­lisihan dll, mendamaikan (orang yg berban-tah, bertengkar, dll), mencampuri (perbualan orang dll); mengetengahkan 1. membawa ke tengah: ~ perahu; 2. memberitahu kpd, menge­mukakan (usul, cadangan, dll), mengutarakan, memajukan: terasa mahu hendak ~ perkara itu; 3. menampilkan ke muka, menonjolkan, mengemukakan: beliau sebenarnya seorang pengarah yg boleh diketengahkan; 4. me-ngadukan kpd (hakim, pengadil, dll); setengah 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otak-nya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah; ~ hati tidak dgn sungguh-sungguh hati; ~ masak a) belum masak betul (tentang buah-buahan dll); b) ki orang yg tidak mempunyai pengetahuan yg cukup atau luas; ~ mati hampir akan mati; ~ mengerti tidak mengerti betul-betul; ~ rasmi tidak rasmi benar; ~ tiang ki agak gila; ~ umur (baya, tua) kira-kira berumur 35–40 tahun; setengah-setengah 1. beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, sese-tengah: sesudah sembahyang maghrib ~ orang berangkat pulang, ~ pula duduk berzikir; dlm bahasa Melayu vokal di akhir ~ kata dan kata pinjaman dibunyikan sbg a tetapi yg lain sbg e pepet; 2. tidak dikerjakan (di­selesai­kan) dgn sempurna, kepalang, kepalang tanggung, tanggung-tanggung: kalau bekerja hendaklah betul-betul jangan ~; sesetengah beberapa (orang dll), sebilangan (sebahagian) daripadanya, setengah-setengah; bertengah sl naik dll setengah (gunung dll): baru kira-kira ~ gunung itu, maka tidaklah ternaiki lagi oleh segala mereka; menengah 1. menuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengah: dr pinggir ia ~; 2. yg di tengah-tengah, sedang (tidak besar dan tidak kecil); anak ~ anak yg di tengah-tengah (ada kakak dan adiknya); pegawai ~ pegawai yg pangkat­nya antara pegawai tinggi dgn pegawai rendah; sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara institusi pengajian tinggi (spt universiti dsb) dan sekolah rendah; ~ tulang bumbungan (punggung) prb Mn mahal tidak murah pun tidak (harga); menengahi mengantarai (mendamaikan, me-leraikan) perselisihan dll, mengetengahi: ia datang ~ pertengkaran itu; tengahan = wang ~ Id setengah rupiah (suku); pertengahan 1. tempat (titik waktu dll) yg di tengah-tengah atau kira-kira di tengah-tengah: maka pd ~ jalan itu, bertemulah ia dgn suatu sungai; pd ~ tahun tujuh puluhan pd tahun 1975 (mungkin juga pd lewat tahun 1974 atau awal tahun 1976); 2. setengah atau separuh (melakukan sesuatu): hatta sedang ~ bendahara makan, Raja Kedah pun datang; 3. bp sedang: dia ~ makan sekarang; 4. tidak berapa tinggi dan tidak rendah dll, sedang, sederhana: bukit itu ~, tidak terlalu tinggi, tidak terlalu rendah; 5. sama banyak, rata-rata; penengah 1. yg terletak di tengah-tengah; 2. perantara, pelerai, pendamai (dlm per­selisihan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ngah] | تڠه

Definisi : 1 bahagian di antara hujung dgn pangkal; tempat atau titik yg letaknya di antara dua tepi dsb: Dia berdiri di ~ padang. 2 sedang membuat atau sedang melakukan sesuatu: Dia datang ketika saya ~ makan. 3 anak dll antara yg bongsu dgn yg sulung: Anaknya yg ~ sedang menuntut di England. ~ hari waktu lebih kurang pukul dua belas siang (hingga sebelum pukul dua siang). ~ malam waktu lebih kurang pukul dua belas malam (hingga sebelum pukul satu pagi). menengah 1 menuju atau menghala ke tengah; pergi ke tengah. 2 yg di tengah-tengah; tidak besar (tinggi) dan tidak kecil (rendah); sedang: sekolah ~ sekolah yg peringkatnya antara sekolah rendah dgn sekolah tinggi. pertengahan 1 tempat dll yg terletak di tengah: Di ~ jalan, mereka telah diserang hendap oleh pengganas komunis. 2 sifat atau keadaan sesuatu yg tidak berapa tinggi dan tidak rendah; sedang; sederhana: golongan ~. 3 sama banyak; rata-rata (ttg barang-barang dsb). setengah seperdua; separuh: Luas padang itu ~ ekar. ~ masak a. belum masak betul (ttg buah-buahan dll). b. kurang luas pengetahuannya atau kurang matang fikirannya (bkn orang). ~ tiang ki agak gila; tidak siuman. ~ umur umur antara 35-40 tahun. setengah-setengah 1 beberapa; sebilangan drpdnya: ~ rumah orang Dayak Laut itu sangat panjang, ada yg lebih drpd dua ratus ela panjangnya. 2 tidak dikerjakan dgn sempurna; kepalang tanggung: Kalau bekerja, hendaklah betul-betul, jangan ~. sesetengah setengah-setengah. di tengah (berada) di bahagian tengah. ke tengah (menuju, menghala dsb) ke bahagian tengah. boleh di bawa ~ a. boleh diadu atau dipertandingkan. b. boleh diperkarakan atau dikemukakan. mengetengahkan 1 membawa ke tengah: ~ bot. 2 membawa ke penge­tahuan orang, pihak berkuasa dsb; mengemukakan; mengutarakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kiri berangan kanan pun berangan,
     Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
     Sama-sama menanggung rindu.


Lihat selanjutnya...(157)
Peribahasa

Gajah sama gajah berjuang,
     pelanduk mati di tengah-tengah.

Bermaksud :

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).

 

Lihat selanjutnya...(62)

526

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti lima belas dengan tengah dua puluh

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti pucuk ru, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang.Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Umpama orang memelihara dirinya dalam sarang lebah.Mempertahankan diri di tengah-tengah musuh.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim.Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya. alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tengah makan putus suap.Baru hendak merasa senang, tiba-tiba datang pula kesusahan lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana.Kecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bersuluh tengah hari.Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234567

Kembali ke atas