Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lebih kurang pukul 12 malam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : waktu lebih kurang pukul dua belas malam (hingga sebelum pukul satu pagi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tengah malam waktunya sunyi,
     Di daratlah makan kijang berbunyi;
Timbullah ompang denganlah pelangi,
     Alamatlah hilang kemala nanti.


Lihat selanjutnya...(21)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan masa 12.00 malam atau 12.00 tengah malamyang betul ialah pukul 12.00 tengah malamLain-lain26.12.2007
salam sejahtera: apakah singkatan bagi tengah malam & tengah hari? cth: tgh mlm/ tgh.mlm/ tgh mlm. / tgh malam?tgh. mlm.Ejaan03.08.2015
A. saya ingin bertanya tentang kesesuain penggunaan nama singkatan bagi masa-masa berikut: ( contoh tengah malam=tghmlm/tmlm) 1. Pagi 2. Petang 3. Malam 4. Tengah Malam 5. Tengah Hari B. penggunaan huruf besar ( utk nama penuh & singkatan) misalanya: 1. Tengah Hari / Tengah hari 2. Tengah Hari = TgHari/THari1. Pg. 2. Ptg. 3. Mlm. 4. Tgh Mlm. 5. Tgh. Ejaan28.01.2015
Soalan...kenapa sistem pemenggalan waktu tidak sekata cthnya: 12-1.59 tengah hari dan 12-12.59 tengah malam? Sepatutnya diselaraskan kepada 12-12.59 untuk tengah hari dan 12-12.59 untuk tengah malam supaya sistem ini tidak mengelirukan. Terima kasih.Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Sehingga kini tidak ada usaha untuk meminda penetapan yang telah dibuat. Pihak media juga telah menerima pakai pemenggalan waktu yang dibuat dan kita berharap perkara ini dapat diuar-uarkan kepada orang ramai bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.Tatabahasa23.08.2015
Salam sejahtera, Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang. 2. Majlis itu berlangsung sehingga ke tengah malam. Terima kasih.1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang.
2. Majlis itu berlangsung sehingga tengah malam.
Tatabahasa08.05.2017
Ali berlama-lama berbual dengan neneknya sehingga lewat tengah malam. (munsyi, adakah ayat ini grammatis? TK)Ayat tersebut tidak gramatis, kata kerja (berlama-lama berbual) lazimnya tidak hadir secara berturutan dalam ayat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk melihat binaan ayat yang gramatis.Tatabahasa01.08.2013
Adakah yang berikut betul ? 12:00AM – 12:59AM tengah malam 01:00AM – 11:59AM pagi 12:00PM – 12:59PM tengah hari 01:00PM – 06:59PM petang 07:00PM – 11:59PM malam siang antara waktu apa hingga apa ?12.00-1.59 tengah hari; 2.00 - 6.59 petang; 7.00- 11.59 malam; 12.00- 12.59 tengah malam; 1.00- 11.59 pagi Lain-lain28.02.2008
Soalan...kenapa sistem pemenggalan waktu tidak sekata cthnya: 12-1.59 tengah hari dan 12-12.59 tengah malam? Sepatutnya diselaraskan supaya sistem ini tidak mengelirukan.terima kasih.Pemenggalan waktu:
i. Tengah hari - dari pukul 12.00 hingga 1.59
ii. Petang - dari pukul 2.00 hingga 6.59
iii. Malam - dari pukul 7.00 hingga 11.59
iv. Tengah malam - dari pukul 12.00 hingga 12.59
v. Pagi - dari pukul 1.00 hingga 11.59
Untuk makluman tuan, pemenggalan waktu ini telah mantap. Penetapan ini telah diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa pada suatu ketika dahulu dengan mengambil kira pelbagai aspek. Hal ini berkemungkinan tidak sama seratus peratus dengan bahasa Inggeris kerana tidak ada pemenggalan waktu yang jelas dalam rujukan utama bahasa Inggeris.
Tatabahasa23.08.2015
Bagaimana sebut waktu dalam sistem 24 jam seperti berikut: 1. jam 1600 2. jam 0025 3. jam 0000 4. jam 0303 Terima kasihSebutan waktu dalam sistem 24 jam ialah 1. jam 1600 = jam 1600, 2. jam 0025 = jam 12.25 tengah malam, 3. jam 0000 = jam 12 tengah malam, 4. jam 0303 = jam 3.03 pagi.Lain-lain15.11.2010
boleh tolong nyatakan contoh kata sendi nama menunjukkan masa.Berikut merupakan kata sendi nama yang menunjukkan masa:
1. pada = ...pada tengah malam yang sunyi.
2. dari = ...dari kurun ke-18.
3. ke = ... dari pagi ke petang
4. sejak= ... sejak dua tahun yang lalu
5.hingga/sampai = ...berjaga hingga pagi/ ...mengaji al-Quran sampai dinihari.
Tatabahasa12.03.2013
1234567

Kembali ke atas