Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lebih kurang pukul 12 malam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : waktu lebih kurang pukul dua belas malam (hingga sebelum pukul satu pagi). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tengah malam waktunya sunyi,
     Di daratlah makan kijang berbunyi;
Timbullah ompang denganlah pelangi,
     Alamatlah hilang kemala nanti.


Lihat selanjutnya...(21)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MATAHARI TENGAH MALAM

Matahari tengah malam ialah istilah yang

digunakan untuk merujuk kepada matahari yang

dapat dilihat 24 jam sehari suntuk di kawasan

kutub bumi.

UMUM 
NORWAY

Norway ialah sebuah negara yang panjang dan

sempit, terletak di tebing barat laut benua Eropah.

Satu per tiga daripada kawasan utara Norway

terletak di atas Bulatan Artik dan negara ini

dinamakan Negara Matahari Tengah Malam. Oleh

sebab kawasan ini terletak begitu jauh ke utara, ia

mengalami musim panas yang panjang apabila

matahari bersinar 24 jam sehari. Oslo, ibu negara

Norway dan bandar terbesar, terletak di bahagian

selatan negara ini.

UMUM 
PRAMBANAN

Prambanan ialah nama yang diberikan kepada

sekumpulan kuil Hindu berhampiran dengan

Yogyakarta, Jawa Tengah, Indonesia. Kuil-kuil ini

dibina pada tahun 800-an M. Pada malam bulan

purnama, salah satu halaman luar kuil ini digunakan

sebagai teater terbuka untuk pertunjukan drama

puisi epik Ramayana. Lihat Ramayana.

UMUM 

Kembali ke atas