| TENGGULUNG | Tenggulung ialah nama bagi beberapa spesies haiwan yang menyerupai tenggiling dan armadilo. Tenggulung hidup di tenggara Asia, Indonesia dan beberapa bahagian Afrika di selatan Sahara. Seperti tenggiling, tenggulung tidak bergigi, dan mempunyai muncung yang panjang, sempit, ekor yang panjang dan lidah yang melekit, bak tali yang boleh dijulurkan jauh untuk menangkap semut untuk dimakan. Tenggulung mempunyai kulit luar bersisik yang bertindihan, bukan bulu kasar seperti pada tenggiling. Sisik ini mempunyai pelbagai warna perang. | UMUM | |
| PLATIPUS | Platipus ialah satu daripada hanya dua mamalia yang membiak dengan bertelur. Satu lagi mamalia yang bertelur ialah ekidna atau tenggiling berduri. Platipus juga sering dikenali sebagai paruh itik kerana mempunyai muncung yang lebar, leper, dan tidak berbulu yang menyerupai paruh itik. | UMUM | |
| EKIDNA | Ekidna ialah sejenis mamalia yang bertelur. Platipus ialah satu-satunya mamalia lain yang tidak melahirkan anak. Ekidna juga dinamakan tenggiling berduri. | UMUM | |
| SISIK | Sisik ialah plat leper yang membentuk selaput luar kebanyakan ikan dan banyak ular dan cicak. Lipatan kulit yang keras, berduri membentuk sisik reptilia. Pada kebanyakan ikan, sisik adalah cakera bertulang yang tumbuh dari bawah kulit. Tetapi sisik ikan jerung mempunyai renamel di permukaan luar dan tulang di permukaan dalam. Sisik juga meliputi beberapa mamalia seperti tenggiling bersisik. Sisik bertindih dengan satu sama lain seperti atap genting dan menjadi perisai perlindungan kepada badan lembut di bawahnya. Sisik berbeza-beza dari segi saiz, bentuk, dan susunan, bergantung pada haiwannya. Sayap rama-rama dan kupu-kupu juga mempunyai sisik yang halus, gebu. | UMUM | |