Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ngi/] | تڠيق

Definisi : 1. bau atau rasa yg tidak sedap (bau minyak kelapa yg sudah lama disimpan dll), pering; 2. ki berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan dll); 3. ki sangat tajam (per­kataan), sangat kejam (perbuatan), sangat zalim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ngi/] | تڠيق

Definisi : berbau atau terasa tidak sedap (spt minyak kelapa yg sudah lama). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tengik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah istilah bau yg sesuai untuk bau alkoholIstilah yang sesuai bagi bau alkohol ialah tengik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 1) tengik - i. bau atau rasa yg tidak sedap (bau minyak kelapa yg sudah lama disimpan dll), pering; ii. ki berbau busuk.Istilah27.10.2006
Apakah perkataan untuk menerangkan santan yang sudah busuk? Bau hamis atau tengik?

Puan Shela terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Kebiasaannya santan yang telah busuk dikatakan santan yang dah basi. Terima kasih

Istilah15.07.2009
rujuk kepada respon DBP pada 31/7/2012 tentang: Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak. Soalan: 1. Apakah beza antara hapak dengan tengik? 2. Keropok udang yang (rangup, garing) itu disukai ramai. (manakah jawapan yang lebih sesuai)?

Berdasarkan Kamus Dewan, berikut makna yang diberikan:
Tengik 1. bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan) pering; 2. Kiasan untuk  berbau busuk, terlalu jahat (kelakuan).

·     Hapak ialah berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang (berkaitan sesuatu) atau sudah lama tersimpan (berkaitan bahan makanan): contoh ayat: bantal usang yg hapak;  biskut yang sudah hapak.
Rangup 1. mudah pecah atau patah, rapuh. Contoh ayat: dinding zink minyak tar itu akan rangup dilanyak traktor; 2. pecahan:

   Garing ialah keras tetapi rapuh  seperti keropok, biskut kering dan mudah hancur, rangup.
Makna06.04.2014
Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau ____________. A. hapak B. tengik Apakah jawapannya?Biskut susu yang sudah lama tersimpan di dalam tin itu sudah berbau hapak.Tatabahasa31.07.2012
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'ANTIOXIDANT'? Adakah pengantioksida atau antioksidan? ANTIOXIDANT (Berfungsi memperlahankan pengoksidaan makanan berlemak dan mencegah warna sayuran bertukar menjadi perang)Perkataan "antioxidant" boleh dipadankan sebagai pengaktioksida dan antioksidan bergantung pada konteks penggunaan ayat.

Pengaktioksida digunakan dalam bidang kimia yang merujuk kepada sebatian, biasanya sebatian organik yang lebih mudah dioksidakan jika dibandingkan dengan satu bahan yang lain. Oleh itu, sebatian organik ini dapat merencatkan pengantioksidaan bahan kedua apabila kedua-dua bahan itu dicampurkan.

Antioksidan pula digunakan dalam bidang herba dan veterinar. Dalam bidang veterinar, antioksidan merujuk kepada sebatian kimia yang berupaya merencat kerosakan pada bahan-bahan makanan yang sensitif seperti lemak tak tepu dan vitamin larut lemak. Sebatian ini digunakan untuk memanjangkan tempoh penyimpanan lemak dan juga menghalang pengoksidaan dalam bahan makanan supaya tidak berbau tengik. Contohnya, etoksikuin, fenol, kuinon, vitamin E dan asid galik.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/
Istilah22.09.2020

Kembali ke atas