Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya ingin tahu tentang perbezaan antara prihatin tentang dengan prihatin terhadap. Yang manakah ayat-ayat di bawah adalah betul? 1. Ibu bapa prihatin tentang / prihatin terhadap pelajaran anak-anak di sekolah. 2. Ali prihatin tentang / terhadap keadaan kesihatan datuknya yang baru sembuh daripada penyakitnya.

Ayat yang betul ialah:

1. Ibu bapa prihatin tentang pelajaran anak-anak di sekolah.

2. Ali prihatin tentang keadaan kesihatan datuknya yang baru sembuh daripada penyakitnya.

Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur rujukan sesuatu yang tidak tentu, umum atau mujarad manakala kata sendi nama terhadap digunakan sebagai unsur rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadap terhadap orang tua. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tokoh11.05.2021
Salam sejaterah. Mohon pencerahan DBP. Ibu mengambil berat tentang@ terharap pelajaran saya. Tentang atau terhadap betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang betul ialah :Ibu mengambil berat tentang pelajaran saya. Kata sendi nama ‘tentang’ digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kata sendi nama ‘terhadap’ digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.Tatabahasa15.10.2014
Assalamualaikum. sy Nor Idayu Azmi pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin bertanya tentang kata seerti untuk "enakmen" di dalam konteks Bahasa Melayu. Bolehkah ia diertikan sebagai "tindak balas" terhadap persekitaran? Sy telah menerima maklum balas seperti berikut Enakmen menurut Kamus Dewan Perdana ialah undang-undang bertulis yang diluluskan oleh parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang. Selain undang-undang, enakmen juga boleh membawa maksud statut (Kamus Dewan). Mohon juga penerangan mengapa “tindak balas” terhadap persekitaran dipilih sebagai cadangan perkataan seerti? Bolehkah sy mentafsirkan ia seperti berikut? Maksudnya enactment adalah tindak balas terhadap perkara penting yang berlaku dalam kehidupan (persekitaran). Enakmen merupakan tindak balas sebagai cadangan perkataan yang diambil daripada kamus psikologi. Ini merupakan link yang dirujuk dan makna yang dijumpai : https://dictionary.apa.org/enactment enactment APA Dictionary of Psychology A trusted reference in the field of psychology, offering more than 25,000 clear and authoritative entries. n. 1. the acting out of an important life event rather than expressing it in words. See psychodrama. Sekian, Terima ksih

Kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan “enakmen” dalam konteks psikologi ialah pelakonan atau perbuatan melakonkan semula.  

Lain-lain02.12.2021
Assalamualaikum. sy Nor Idayu Azmi pelajar Universiti Putra Malaysia di bawah tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya ingin bertanya tentang kata seerti untuk "enakmen" di dalam konteks Bahasa Melayu. Bolehkah ia diertikan sebagai "tindak balas" terhadap persekitaran? Saya berharap, pihak DBP dapat membantu saya dalam menggunaan istilah yang betul dan sesuai. Segala kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih

Enakmen menurut Kamus Dewan Perdana ialah undang-undang bertulis yang diluluskan oleh parlimen atau badan lain yang berkuasa membuat undang-undang. Selain undang-undang, enakmen juga boleh membawa maksud statut (Kamus Dewan).

 Mohon juga penerangan mengapa “tindak balas” terhadap persekitaran dipilih sebagai cadangan perkataan seerti?

Lain-lain11.10.2021

Kembali ke atas