Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak ada rusuhan (kekacauan), aman, sentosa: negeri yg begitu aman dan ~; 2. tidak berasa khuatir atau gelisah (perasaan hati, fikiran, dll), tenang: beliau meninggalkan rumah itu dgn hati yg tidak ~; menenteramkan 1. menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan): tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya; ketenteraman 1. perihal tenteram, ke­aman­an, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamat­an dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), kere­daan; penenteraman perihal menenteramkan;penenteram orang (atau bahan) yg menen­teramkan sesuatu: ubat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak ada kekacauan atau rusuhan yg berlaku (ttg keadaan dlm negeri dll); aman; sentosa: Keadaan dlm negeri itu sangat ~. 2 ki tidak berasa gelisah atau tidak berasa runsing; tenang: Hatinya tidak ~. menenteramkan 1 menjadikan (keadaan dlm negeri dll) tenteram; mengamankan: Satu pasukan tentera telah dihantar utk ~ keadaan yg kacau di situ. 2 menjadikan tidak gelisah atau tidak runsing; menenangkan hati, fikiran dll: Beliau telah pergi ke tepi pantai utk ~ jiwanya. ketenteraman 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Pre­siden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. 2 ketenangan hati atau fikiran. penenteraman perbuatan atau hal menenteramkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenteram
Rujuk :tenang

Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tenteram dan damai di Pulau AmanAzizan Abdul KadirDewan Budaya1 February 2009
Alam Yang TenteramAmi MasraDewan Sastera1 May 2005
Burung Malam Tak TenteramAmi MasraDewan Sastera1 September 2003
Taman Tasik Taiping Yang TenteramMohd. Nor LongDewan Budaya1 August 2005
Kampung Jawa, Hulu Langar, suasana berkelah yang tenteramSiti Wanila KamilDewan Siswa1 December 2007
Semalam yang Suram, Hari Ini yang Kelam, Esok yang TenteramPungguk HijauBAHANA1 February 2008

Kembali ke atas