Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tidak ada rusuhan (kekacauan), aman, sentosa: negeri yg begitu aman dan ~; 2. tidak berasa khuatir atau gelisah (perasaan hati, fikiran, dll), tenang: beliau meninggalkan rumah itu dgn hati yg tidak ~; menenteramkan 1. menjadikan tenteram, mengamankan, menyentosakan: pemimpin-pemimpin Perikatan dr Kuala Lumpurlah yg ~ keadaan kacau di Singapura itu; 2. menjadikan tidak gelisah (kacau, rusuh), menenangkan (fikiran, hati, perasaan): tetapi bagaimanapun dia belum dapat ~ jiwanya; ketenteraman 1. perihal tenteram, ke­aman­an, kesentosaan: pertukaran fikiran telah berlaku tentang soal-soal ~, keselamat­an dan pertahanan di Asia Tenggara; 2. ketenangan (fikiran, hati, perasaan), kere­daan; penenteraman perihal menenteramkan;penenteram orang (atau bahan) yg menen­teramkan sesuatu: ubat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tidak ada kekacauan atau rusuhan yg berlaku (ttg keadaan dlm negeri dll); aman; sentosa: Keadaan dlm negeri itu sangat ~. 2 ki tidak berasa gelisah atau tidak berasa runsing; tenang: Hatinya tidak ~. menenteramkan 1 menjadikan (keadaan dlm negeri dll) tenteram; mengamankan: Satu pasukan tentera telah dihantar utk ~ keadaan yg kacau di situ. 2 menjadikan tidak gelisah atau tidak runsing; menenangkan hati, fikiran dll: Beliau telah pergi ke tepi pantai utk ~ jiwanya. ketenteraman 1 keadaan atau hal tenteram; keamanan; kesentosaan: Mereka menyanjung Pre­siden mereka yg telah memimpin negara ke arah ~. 2 ketenangan hati atau fikiran. penenteraman perbuatan atau hal menenteramkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tenteram
Rujuk :tenang

Peribahasa

Udang merentak dalam tangguk.

Bermaksud :

Tidak tenteram (gelisah, susah dan sebagainya). (Biasa juga: Udang dalam tangguk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
TenteramRabiah Al-AdawiyahMingguan Islam30.07.1988
Tiada tenteram di serata alamPak SakoUtusan Zaman26.05.1985
Sarawak tenteram tunggu TaibSubky LatifWatan17.03.1981
Biarkanlah roh P. Ramlee tenteram..BamUtusan Malaysia18.11.1984
Ke arah masa depan yang tenteramTiadaHarakah24.08.1992
Ke arah masa depan yang tenteramTiadaHarakah22.08.1992
Walaupun Barang-Barang Banyak Diniagakan Namun Hati Dan Jiwanya TidakBoleh TenteramSuria Mohd DesaUtusan Zaman01.02.1984

Kembali ke atas