Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
acaq[A.tSAâÖ]kata namatakungan air kotor, biasanya di luar rumah sebelah dapur, limbahan.Bau acaq tepi rumah tu busuk.[bAw A.tSAâÖ t«.pi Òu.mAh tu bu.su/]Bau limbahan di tepi rumah itu busuk.
lugaeh[lu.gAEh]kata kerjamengambil atau memetik kesemuanya (biasanya berkenaan buah di pohon), dipetik.Moktan hak tepi pagaq tu habeh depa lugaeh.[mk.tAn hA/ t«.pi pA.gA)Ö tu hA.beh d«.pA lu.gAEh]Rambutan di tepi pagar itu habis dipetik orang.
kelibaq[k«.li.bA)Ö]kata kerjamengibarkan kain untuk membuang debu dan sebagainya, mengibas, mengebas.Mak dia dok kelibaq kaen gebaq adek kat tepi kelambu.[mA/ di.jA do/ k«.li.bA)Ö kAen g«.bA)Ö A.de/ kAt t«.pi k«.lAm.bu]Emaknya sedang mengibaskan kain selimut adik di tepi kelambu.
bekehele[b«.k«.hE.lE]kata adjektifkeletihan (dalam satu kumpulan atau kelompok).Lepaeh begotong-royong, depa bekehele dok berehat kat tepi surau tu.[l«.pAEh b«.go.toN.ҍ.jN dE.pA b«.k«.hE.lE do/ b«.ÒE.hAt kAt t«.pi su.ÒAw tu]Selepas bergotong-royong, mereka keletihan lalu duduk berehat di tepi surau itu.
barin[bA.Òin]kata namarusuk bukit, tepi bukit, lambung bukit, lereng bukit.Akaq ubat tu saya dapat kat barin matahari jatoh Gunung Jerai.[A.kAâÖ u.bAt tu sA.jA dA.pAt kAt bA.Òin mA.tA.hA.Òi dZA.toh gu.nuN dZ«.ÒAj]Akar ubat itu saya peroleh di rusuk Gunung Jerai sebelah matahari jatuh.
bunga ayaq[bu.NA A.jAâÖ] sejenis ikan kecil yang hidup di tepi sungai atau dalam sawah; kemeraeh, temeraeh.   
temeraeh[t«.m«.ÒAEh]kata namasejenis ikan yang hidup berkumpulan dan hidup di tepi sungai atau dalam sawah; bunga ayaq, kemeraeh.   
kendoq[k«n.d)Ö]kata kerjamemberi ternakan kerbau, lembu meragut rumput dengan cara mengendurkan tali ikatan supaya mudah berjalan.Tiap petang dia dok kendoq lembu dia kat tepi bendang.[ti.jAp p«.tAN di.jA do/ k«n.d)Ö l«m.bu di.jA kAt t«.pi b«n.dAN]Setiap petang dia memberi lembunya meragut rumput di tepi sawah.
kemeraehk«.m«.ÒAEh]kata namasejenis ikan kecil yang hidup berkumpulan dan hidup di tepi sungai atau dalam sawah; bunga ayaq, temeraeh.   
lan[lAn]kata adjektifberkenaan rasa jijik dan meloyakan apabila melihat sesuatu yang kotor, (umpamanya nanah, muntah dan lain-lain), muak, jijik; damuih.Aku rasa lan nak makan kat kedai tepi paret tu.[A.ku ÒA.sA lAn nA/ mA.kAn kAt k«.dAj t«.pi pA.Òet tu]Aku berasa jijik hendak makan di kedai tepi parit itu.
12

Kembali ke atas