Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak.Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ibarat beban sudah ke tepi.Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (Bandingkan dengan: Mayat sudah di tepi kubur). ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lengkuas di tepi kandang, tekak (= tegak) puas badan menyandang.Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lemukut di tepi gantang.Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Majlis di tepi air, merdesa di perut kenyang.Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya. majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sumur (di)tepi jalan, siapa haus boleh minum.Perempuan lacur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pecah bunyi (= tepi), buruk berita.Kejadian yang tak baik, kemudian menjadi besar kerana diceritakan orang ke sana ke mari. pecah tepi = pecah sedikit.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mayat sudah di tepi kubur.Pekerjaan yang sudah terlanjur, mahu tidak mahu harus dikerjakan sampai selesai; pekerjaan yang sangat mudah. (Bandingkan dengan: a. Bajak sudah terdorong ke bencah, b. Ibarat beban sudah ke tepi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1234

Kembali ke atas