Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.be.nam] | تربنم

Definisi : 1. tenggelam, masuk: matahari ~ di ufuk barat; 2. terpendam: harta ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.be.nam] | تربنم

Definisi : 1 telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2 tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terbenam

Peribahasa

Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun,
     tiada akan hilang cahayanya.

Bermaksud :

Kebenaran akan ternyata juga, walapun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." atau "Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." Ayat manakah yang sesuai dan mengapakah ayat tersebut salah?"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap.Tatabahasa20.03.2011
"Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." ATAU "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." Ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah?"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap.Tatabahasa17.03.2011
Contoh ayat: Pak Mat berkata, "Seberangilah/Menyeberangilah/Menyeberanglah sungai ini sebelum matahari terbenam." Mana satukah yang betul dan sila beri penjelasan. Terima Kasih.Seberangilah sungai ini sebelum matahari terbenam. - dalam ayat suruh kata seberangilah yang digunakan.Tatabahasa08.10.2011
1) Adakah perkataan jatuh boleh digunakan dalam ayat di bawah meskipun dalam kamus dewan edisi keempat ada menyatakan jatuh juga bermaksud terbenam. - Para pelancong terpegun melihat matahari jatuh di kaki langit. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur bahasa? - Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. -Ayah membeli kereta baru di kedai itu. - Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.1) Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah terbenam.
2) Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. Apabila didahului kata hanya, kata sahaja tidak perlu hadir dalam ayat tersebut.
3) Ayah membeli kereta baharu di kedai itu. Betul.
4) Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. Kata dengan dan menaiki tdak iboleh hadir secara berturutan.
Tatabahasa02.08.2013
Beberapa orang pemuda angkat kereta yang terbenam di dalam lumpur itu. munsyi, angkat wajarlah digantikan dengan kata apa? TQjawapan yang sesuai ialah mengangkatTatabahasa16.02.2012
maksud senja

Senja ialah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam).

Makna01.01.2010
Salam, mohon bantuan cadangan terjemahan perkataan "dip" dalam ayat berikut. We slam on the brakes and measure how far the hood dips. Apakah kata adjektif sesuai? Tenggelam, terbenam, melendut? Atau mungkin ada kata adjektif lebih tepat? Terima kasih.Lihat pada konteks penggunaan, khususnya konteks, fizikal dan maksud sebenar perkataan hood, jika penggunaannya di air, maka adjektifnya mungking tenggelam atau terbenam dan jika ia membengkok ke bawah maka sifatnya melendut.Penyemakan dan penterjemahan05.09.2014
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. 1. Pemandangan di pantai Port Dickson.....indah ketika matahari terbenam. a. sangat nian b. benar sekali c. sungguh amat d. terlalu paling Terima kasih.

Hanafi

Kesemua jawapan yang diberikan agak mengelirukan. Saya berpendapat perkataan yang paling sesuai ialah sungguh.

Tatabahasa03.08.2010
Mana satu betul? 1. kapal itu tenggelam dalam lautan 2. Kapal itu tenggelam di lautan.

Sdr Azmanizan,

Frasa yang betul ialah jawapan no.(2)

1. Kapal itu tenggelam dalam lautan.

 2. Kapal itu tenggelam di lautan. 

(Alasan: Kesalahan ayat (1) apabila menggunakan kata sendi "dalam" yang  berfungsi menunjukkan lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak.  Ayat (2) kata "tenggelam" membawa maksud kapal tersebut telah  terbenam ke dalam laut tersebut  atau karam.

Contoh ayat yang menggunakan kata sendi dalam adalah seperti  yang berikut:

  (a)   Kita semua harus berusaha supaya kita dapat bertutur dengan fasih dalam bahasa kebangsaan kita. 

  (b)   Guru besar telah berucap dalam majlis perpisahan itu.

Tatabahasa06.04.2009
Tuan, Jabatan ini bercadang untuk menggunakan tema untuk hari inovasi dan kreativiti (ICT). Tema yang dicadangkan ialah : ICT Cagak Teknologi. Menurut rujukan Cagak= tiang, menyokong. Adakah tema ini sesuai dari segi Bahasa Melayu. Mohon pandangan Tuan.

Tema yang dicadangkan, ICT Cagak Teknologi.  Dalam Kamus Dewan edisi keempat, cagak bermaksud: 1. cabang (kayu dll); cagak jalan - simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujung­nya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu. Sekiranya keadaan tiang bercabang itu sesuai dengan maksud tema tersebut, kata cagak boleh digunakan.

Tema jadi menarik jika ayatnya berima. Contohnya: ICT Tonggak Teknologi. Huruf t, o, n, k, g yang terdapat pada kedua-dua perkataan tonggak dan teknolgi menjadikan ayat ini berima. Dalam Kamus Dewan , tonggak bererti 1. tegak lurus: tiang tonggak, tiang yg tegak lurus. mencacak berdiri tegak lurus; 2 tertanam atau terpancang tegak lurus: Tiang-tiang belat kelihatan ~ berbaris. 3 terbenam atau tertanam pd sesuatu: Lembing yg dilontarkannya itu ~ mengenai sasarannya. 

Makna25.04.2011
12

Kembali ke atas