diamond bit | bit intan | Kimia | Tiada | Bit penggerudian yang mempunyai badan yang terbuat daripada keluli dan permukaannya disaluti dengan intan atau permukaannya terdapat butir-butir intan. Biasanya digunakan untuk menggerudi batuan formasi yang sangat keras. |
diamond bit | bit intan | Kejuruteraan | Petroleum | Bit penggerudian yang mempunyai badan yang terbuat daripada keluli dan permukaannya disaluti dengan intan atau permukaannya terdapat butir-butir intan. Biasanya digunakan untuk menggerudi batuan formasi yang sangat keras. |
nonmagnetic drill collar | relang gerudi tak bermagnet | Kejuruteraan | Petroleum | Suatu relang gerudi yang terbuat daripada aloi yang tidak mempengaruhi bacaan kompas magnet apabila kompas tersebut diletakkan di dalamnya. Penempatan kompas di dalam relang gerudi dilakukan untuk mendapatkan penunjuk subpermukaan tentang arah pesongan dari lubang telaga. |
fiber optics | optik serabut | Fizik | Optik | Cabang optik yang menumpukan kepada penghantaran kuasa sinaran melalui serabut boleh lentur yang terbuat daripada bahan lut sinar seperti kaca, silika terlebur atau plastik. |