Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ge.sa.ge.sa] | تر ݢسا -  ݢسا

Definisi : bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ge.sa.ge.sa] | تر ݢسا -  ݢسا

Definisi : dlm keadaan bergesa-gesa; tergopoh-gopoh; terburu-buru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergesa-gesa

Peribahasa

Makan bubur panas-panas.

Bermaksud :

Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.

 

Lihat selanjutnya...(3)

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. datang atau pergi dengan cepat, segera, tergesa-gesa (kiasan), rempuh, langgar.Lepaeh depa dengaq kata mak depa mati, depa langgah pi sampai lupa bawak apa satu.[l«.pAEh d«.pA d«.NA)Ö kA.tA mA/ dE.pA mA.ti dE.pA lAN.gAh pi sAm.pAj lu.pA bA.wA/ A.pA sA.tu]Selepas mendengar kematian emak mereka, mereka bergegas pergi sehingga terlupa membawa apa-apa pun.
buih[bu.wih] bingkas bangun dan terus beredar kerana terperanjat atau segera pergi dalam keadaan tergesa-gesa, berambus; bangkit buih, cepuih.Dia buih bila kena jrekah.[di.jA bu.wih bi.lA k«.nA dZÒ«.kAh]Dia bingkas bangun dan beredar apabila kena sergah.
cepuih[tS«.puih]kata adjektifbingkas bangun dan terus beredar kerana terperanjat atau segera pergi dalam keadaan tergesa-gesa, berambus; bangkit buih, buih.Aku nak tidoq tak buleh, tikueh dok belari cepuih-cepuih kat ujong kepala.[A.ku nA/ ti.dâÖ tA/ bu.leh ti.kueh do/ b«.lA.Òi tS«.puih.tS«.puih kAt u.dZoN k«.pA.lA]Aku tidak dapat tidur kerana tikus berlari-larian di hujung kepala.
bangket buih[bAN.ket bu.wih] bingkas bangun dan terus beredar kerana terperanjat atau segera pergi dalam keadaan tergesa-gesa, berambus; buih, cepuih.Dia bangket buih bila kena jrekah.[di.jA bAN.ket bu.wih bi.lA k«.nA dZÒ«.kAh]Dia bingkas bangun dan beredar apabila kena sergah.

Kembali ke atas