Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ri/] | تريق

Definisi : 1 tidak mudah terbuka atau ter­lucut (ttg ikatan dll); kemas; erat: Diikatnya bungkusan itu ~-~ supaya tidak terbuka. 2 sempit dan mencerut (ttg pakaian, spt seluar); sendat; ketat: seluar yg ~. 3 amat sangat (ttg panas matahari): Panas kian ~ dan kian mem­bakar kulit kepala. menerikkan menjadikan terik; mengemaskan; menge­­tatkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[te.ri/] | تريق

Definisi : 1. tidak mudah terlucut atau terbuka (ikat­an), erat, kuat, teguh; 2. sempit dan men­­ce­rut (seluar dll), ketat, sempit: seluar yg ~; 3. amat sangat (panas matahari): panas kian ~ dan kian membakar kulit kepala; 4. ki sukar (pekerjaan), sulit; 5. Kl tidak kendur (tali dll), tegang, sering: tali itu diregang dgn ~; menerikkan 1. menjadikan terik (ikatan), meneguhkan, mengeratkan; 2. menggesa (melakukan sesuatu), mengerasi, menguatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
terik (adjektif)
1. Bersinonim dengan erat: teguh, kukuh, kuat, tegang,
Berantonim dengan longgar

2. Bersinonim dengan sempit: ketat, sendat, mencerut,
Berantonim dengan longgar

3. Bersinonim dengan panas: hangat, berapi, berbahang, berkuap, meruap, membara, menyala, meluap, membuak, mendidih, menggelegak,
Berantonim dengan dingin

Kata Terbitan : menerik, menerikkan,

Puisi
 

Panas terik di bulan puasa,
     Menjemur padi di sudut laman;
Tikar emas bantal suasa,
     Manakan sama berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
unstrainedtak terikKejuruteraanTiadaTiada
unstrainedtak terikKimiaTiadaTiada
scorching raypanas terikGeografiTiadaSinaran matahari yang sangat panas.
strained statekeadaan terikKejuruteraanTiadaTiada
strained statekeadaan terikKimiaTiadaTiada
very warm summermusim panas terikGeografiTiadaTiada
unstrained jaw relationhubungan rahang tak terikPerubatanTiadaTiada
fast colourwarna tahan lunturKesenianTiadaFabrik yang menggunakan pencelup yang tahan terik matahari dan bahan pencuci.
heat-stroke/heat exhaustion/heat stresstegasan habaVeterinarTiadaKesan pada badan akibat pendedahan terhadap haba atau panas terik yang melampau. Hal ini mengakibatkan kadar pernafasan meningkat sehingga menyebabkan ternakan mencungap dan mengalami kadar perpeluhan yang tinggi. Haiwan yang berpeluh terlalu banyak akan menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit dalam tubuh dan kekejangan haba. Saluran darah menjadi kembang tanpa penambahan isi padu darah menyebabkan sistem peredaran darah terganggu dan boleh menyebabkan kematian pada ternakan. Ternakan dari negara beriklim sejuk dibawa masuk ke Malaysia yang beriklim panas dan lembap akan mengalami tegasan haba.
aura effectkesan auraLandskapTiadaKesan pantulan cahaya yang dihasilkan oleh haba daripada objek yang disinari oleh cahaya matahari yang terik.
12

Kembali ke atas