Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.su.sun] | ترسوسون

Definisi : sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dgn teratur: beberapa buah buku ~ rapi di atas meja; kata-katanya ~ indah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.su.sun] | ترسوسون

Definisi : sudah disusun atau diatur baik-baik; teratur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersusun

Puisi
 

Sekapur sirih datang bertandang,
     Di dalam puan tersusun rapi;
Tangan dihulur mata memandang,
     Sebagai cincin lekat di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat " Inilah al-Quran" dan "Ayatnya tersusun rapi" boleh digabungkan? Jika boleh, manakah yang betul? "Inilah al-Quran yang ayatnya tersusun rapi" atau "Inilah al-Quran yang tersusun rapi ayatnya"?Inilah al-Quran yang ayatnya tersusun rapi.Tatabahasa21.04.2017
memohon pandangan untuk perkataan berikut: "Ruang tersusun atur akan tibauntuk makluman istilah "susun atur" ialah padanan untuk istilah bahasa Inggeris layout. oleh itu tidak sesuai digunakan dalam konteks ini. perkataan yang sesuai ialah "tersusun" atau "teratur" (Ruang tersusun akan tiba atau ruang teratur akan tiba).Tatabahasa13.01.2014
Apakah perbezaan antara 1 tersusun kemas 2 disusun dengan kemas 3 tersusun dengan kemasKetiga-tiga rangkai kata tersebut membawa maksud yang sama, iaitu perkara yang telah berlaku. Dari aspek tatabahasa, rangkai kata yang tepat ialah “tersusun kemas” dan “disusun dengan kemas.”Tatabahasa05.07.2023
Apakah perbezaan antara 1 tersusun kemas 2 disusun dengan kemas 3 tersusun dengan kemas

Ketiga-tiga rangkai kata tersebut membawa maksud yang sama, iaitu perkara yang telah berlaku. Dari aspek tatabahasa, rangkai kata yang tepat ialah “tersusun kemas” dan “disusun dengan kemas.”

 

Tatabahasa23.06.2023
1) Salam, dalam ayat di bawah yang mana satu subjek dan predikat? minta penjelasan. ayat: Alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu tersusun kemas. 2) Dalam ayat yang sama, bolehkah ayat songsang dilakukan dengaan pendepanan kata sendi nama? jawapan: Di dalam bengkel itu alat-alat pertukangan tersusun kemas. minta penjelasan daripada pihak tuan. terima kasih.1. Subjek - Alat-alat pertukangan di dalam bengkel; dan predikat - tersusun kemas.
2. Ayat songsang ialah pendepanan predikat mendahului subjek. Kata sendi nama dalam ayat tersebut hadir dalam subjek, maka ayat songsang yang betul ialah Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel.
Tatabahasa15.10.2014
Slama sejahtera. mohon penerangan untuk penggunaan kata sendi bagi ayat di bawah. 1. Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut / pada rak kasut? Terima kasih.Jawapan yang betul "Kasut-kasut sekolah itu tersusun rapi di rak kasut".Lain-lain01.11.2018
APAKAH PERBEZAAN PENGGUNAAN PERKATAAN BERSISTEM DAN BERSISTEMATIK. CONTOH AYAT: Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem dapat kita mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat bersistem ialah ada sistemnya, menurut sistem, sistematik. 
Sistematik pula ialah berasaskan atau menurut sistem: ekonomi ialah satu cabang ilmu penge­tahuan yg ~; 2. pengetahuan mengenai se­suatu sistem. 

Perkataan bersistem lebih sesuai digunakan berbanding bersistematik. Perkataan bersistematik tidak terdapat dalam pangkalan data PRPM.

Diharapkan melalui program yang dirancang secara tersusun dan bersistem, kita dapat mengorak langkah, sederap dalam tindakan bersandarkan kebijaksanaan menuju matlamat.
Tatabahasa22.01.2013
Apakah kesalahan yang terdapat pada ayat di bawah? 1) Rusdi mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di kampung yang tersusun itu. 2) Pak Long masih teguh ingatannya walaupun umurnya sudah lanjut.(SESUAIKAH PERKATAAN TEGUH DIGUNAKAN DALAM AYAT INI?) Mohon penjelasan daripada pihak tuan sekiranya ada kesalahan dari segi frasa atau penggunaan perkataan1) Rusdi mempunyai banyak rakan-rakan yang tinggal di kampung yang tersusun itu.

Kesalahan
banyak rakan-rakan - frasa ini telah lewah. rakan-rakan telah menunjukkan banyak. Tidak perlu banyak rakan-rakan. Memadai rakan-rakan.

 2) Pak Long masih teguh ingatannya walaupun umurnya sudah lanjut.
teguh- kurang sesuai dalam konteks ayat di atas. Perkataan yang paling tepat ialah kuat.
Tatabahasa17.08.2012
Mengapakah bahagian 'kamus sains' prpm begitu aneh dan tidak tersusun?Sila gunakan kamus bahasa Melayu bagi mencari huraian sesuatu istilah. Kamus Sains masih lagi tidak boleh digunakan kerana sistem tidak dapat mencari istilah yang dicari. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.Lain-lain15.03.2019
selonggok pinggan atau setimbun pinggan ( beberapa keping pinggan yang tersusun)Longgok bermaksud himpunan atau timbunan. Oleh itu, selonggok pinggan sama maksudnya dengan setimbun pinggan.Tatabahasa01.02.2012
1234

Kembali ke atas