Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.su.sun] | ترسوسون

Definisi : sudah disusun (diatur, disiapkan) baik-baik atau dgn teratur: beberapa buah buku ~ rapi di atas meja; kata-katanya ~ indah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.su.sun] | ترسوسون

Definisi : sudah disusun atau diatur baik-baik; teratur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersusun

Puisi
 

Sekapur sirih datang bertandang,
     Di dalam puan tersusun rapi;
Tangan dihulur mata memandang,
     Sebagai cincin lekat di jari.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORTODONTIK

Ortodontik merupakan satu cabang bidang

pergigian yang mencegah dan membetulkan

kedudukan gigi yang tidak tersusun. Selain

mencacatkan penampilan diri, kedudukan gigi yang

tidak tersusun sukar dibersihkan. Oleh itu, gigi

lebih mudah rosak dan menyebabkan penyakit gusi

[lihat Gigi (Penyakit Periodontal)]. Ia juga

menyebabkan masalah kunyahan dan pertuturan.

UMUM 
NISBAH

Nisbah ialah pasangan nombor yang tersusun atau

set yang mewakili hubungan antara nombor atau

kuantiti. Nombor dalam nisbah dikenali sebagai unit

nisbah.

UMUM 
MASUNI

Masuni ialah pertubuhan rahsia yang tersusun

bertujuan menjamin kekuasaan bangsa Yahudi di

seluruh dunia.

UMUM 
HABLUR

Hablur ialah pepejal yang terdiri daripada atom

yang tersusun dalam pola yang teratur.

UMUM 
PERANG SALIB

Perang Salib ialah nama sempena serangan

askar-askar Kristian yang tersusun membentuk satu

gagasan untuk menguasai Palestin. Serangan ini

berlaku antara abad ke-5 dan abad ke-8 H./ 11–14

M. Serangan ini disebabkan oleh dua faktor utama,

iaitu bentuk muka bumi Palestin yang strategik dari

segi geografi yang menyambungkan di antara

timur dengan barat, dan keinginan menguasai

tempat suci (Baitulmaqdis). Seterusnya mereka juga

bertujuan menyekat usaha pembukaan negara-

negara dan kejayaan orang Islam yang bersifat

toleransi terhadap agama-agama samawi yang lain.

Mereka telah menyusun tentera yang datang dari

Eropah Barat dan melancarkan lapan serangan

utama antara tahun 490 H. dan 669 H., 1096 M. dan

1270 M. Tahun tersebut dianggap sebagai tahun

peluasan ekonomi bagi Eropah Barat dan

peningkatan kekuatan senjata.

UMUM 
MARIMBA

Marimba ialah alat perkusi yang terdiri daripada

beberapa bar yang tersusun di atas sebuah bingkai

seperti kekunci pada piano.

UMUM 
SIMPULAN BAHASArangkai kata yang tersimpul dalam susunan kata yang ringkas lagi padat, dan mempunyai makna yang berbeza daripada makna asal kata yang tersusun itu.BAHASAKonsep
MAYANG

Mayang ialah gugus bunga bak jumbai yang

terdiri daripada banyak bunga kecil yang tersusun

di sekeliling satu paksi tengah yang panjang.

UMUM 
MATA MAJMUK

Mata Majmuk ialah sejenis mata yang

mempunyai banyak kanta kecil yang tersusun rapat-

rapat.

UMUM 
BURUNG LYRE

Burung lyre ialah salah satu daripada burung

yang amat luar biasa di Australia. Ekor burung jantan

besar dan bulu yang mengembang tersusun seperti lyre purba.

UMUM 
123

Kembali ke atas