Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada
tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein
membentuk dua kelas yang lain. Sakarida
dikelaskan mengikut struktur kimianya.
Monosakarida, yang mempunyai struktur paling
ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang
didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,
monosakarida tidak boleh terurai menjadi
karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat
dengan asid cair atau melalui tindakan enzim
tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja),
terdiri daripada dua molekul monosakarida yang
disambungkan dengan satu atom oksigen.
Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin
terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang
bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat
Karbohidrat. Lihat juga Kanji.