Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rus] | تروس

Definisi : 1. menuju ke sesuatu tempat dgn tidak singgah di mana-mana, langsung (tidak terhalang atau terhenti), lantas: dr kamar tidur dia ~ ke bilik mandi; 2. tidak berhenti, tidak terhenti-henti, sentiasa bergerak (ber­jalan dll): kereta yg mereka naiki itu ~ berjalan; 3. tidak putus-putusnya, berkepan­jangan, berlarut-larut, selalu: negeri ini bergantung ~ pd getah dan timah sahaja; 4. langsung ke sebelah (apa yg ditikam dll), lantas, menembus, tembus: ditikamnya sekali lagi, kena rusuknya ~, maka rusa itu tiada boleh lari lagi lalu mati; 5. tidak bertangguh-tangguh lagi, dgn segera, lalu, langsung: sesampai di kampung aku ~lah pergi ke paya; 6. tidak berwakil kpd sesiapa langsung: di samping beberapa jabatan kerajaan yg dijaga ~ oleh menteri, terdapat juga bebe­rapa lembaga atau perbadanan ...; 7. tidak bercampur atau berlapis, jati, tulen; emas ~ emas tulen (bukan saduran); ~ mata (pelihatan, pandang) dapat menge­tahui apa yg tersembunyi (yg akan terjadi); seterusnya 1. selepas itu ... lalu, lantas ...: aku ~ pergi ke rumah Ah Seng; 2. selanjut­nya: biarlah kita terima dulu jaminan tersebut utk diperhatikan ~; 3. = dan ~ dan lain-lainnya, dan yg lain-lainnya; 4. tetap, selama-lamanya: beliau telah mengadakan mesyua­rat utk menentukan ~ langkah-langkah yg diambil mengenai perkara tersebut; 5. yg berikutnya: Khatijah memandangnya, berasa takjub ditanya ~ itu; 6. sejak dr itu ..., mulai sekarang: dia ~ tidak berani lagi melakukan perkara itu; berterusan tidak berkeputusan, berlanjutan, berkepanjangan: dia menangis ~; menerus 1. menembus, melantas: jahitan ini tidak boleh ~ ke sebelah luar; 2. meresap (mengalir dll) keluar atau masuk; 3. jauh dr per­mulaan, lanjut, terus: maka dilihat Ben­dahara betul kepala Tun Mutahir bernyala, cahaya ~ ke langit; terus-menerus 1. = terus-terusan tidak berkeputusan, tidak berhenti-henti, tidak putus-putus, berterusan: mestikah mereka ~ hidup dlm alam kekolotan? 2. secara langsung (siaran televisyen dll), bukan pertunjukan filem: kira-kira 16000 orang telah menyaksikan perlawanan yg disiarkan ~ oleh televisyen ke beberapa buah negeri; menerusi 1. masuk sampai ke, melantas pd, menembus pd: jahitan yg awal dan yg akhir sahaja yg ~ kain, yg lain itu lalu di bawah urat benang sahaja; 2. dgn per­antaraan, melalui: masukkan sehelai benang halus ~ lubang-lubang pd kertas tebal itu; dia mengirim buku-buku itu ~ saya; meneruskan 1. menembuskan, melantas­kan; 2. melanjutkan, melangsungkan, menyam-bungkan: dr situ mereka ~ per­jalan­an mereka ke arah selatan; dia bercadang hendak ~ pelajarannya ke universiti; 3. mengirim terus (kpd), menyampaikan (menyerahkan) terus kpd: surat itu diteruskan kpd ketua rapat yg dgn segera pula ~ kpd Kadir; terusan 1. sungai buatan dll yg meng­hubungkan dua lautan (utk pelayaran), susukan: T~ Panama; T~ Suez; 2. bp sam­bungan, lanjutan: ini adalah ~ drpd cerita dahulu; 3. bp terus-terusan, terus-menerus; keberterusan perihal (keadaan yg) ber­terusan: hasrat terhadap ~ dlm hubungan antara negara; penerusan perihal (perbuatan dsb) mene­ruskan, pelanjutan, kelanjutan: masih ada kekecualian tertentu yg mengizinkan ~ penggunaan bahasa Inggeris; penerus 1. orang (golongan) yg meneruskan (melanjutkan) sesuatu aktiviti, penyumbang: melahirkan titisan zuriat Islam yg murni sbg ~ generasi Islamiah pd masa hadapan; 2. (Kej) peranti elektronik yg digunakan utk menukar arus ulang-alik kpd arus terus tanpa menggunakan dinamo atau mesin elektrik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rus] | تروس

Definisi : 1 tidak singgah atau tidak berhenti di mana-mana: Kapal terbang yg kami tumpangi itu terbang ~ ke London. 2 tidak berlengah-lengah atau tidak bertangguh lagi; langsung; lalu: Se­sampai di kampung, aku ~ pergi ke rumah datuk penghulu. 3 tidak henti-henti; tidak putus-putus (ttg peperangan dll): Pertempuran sengit ~ menghebat hingga jauh malam. berterusan berlaku dgn tidak henti-henti; berpanjangan; berlanjutan. terus-menerus 1 tidak henti-henti; berterusan: Mestikah mereka ~ hidup dlm kemiskinan? 2 secara langsung (ttg siaran televisyen); bukan rakaman: Pertandingan bola itu akan disiarkan ~ oleh RTM pd malam ini. menerusi dgn perantaraan; me­lalui: Pencuri masuk ke dlm rumah itu ~ tingkap. Dia mengirim wang itu ~ kawannya. meneruskan menyam­bung perjalanan, pelajaran dll; melanjutkan: Keesokan harinya, pengembara-pengem­bara itu pun ~ perjalanan mereka kembali. Saya bercita-cita hendak ~ pelajaran saya ke universiti. terusan sungai buatan yg menyambungkan dua buah lautan (biasanya utk pelayaran): ~ Panama; ~ Suez. keterusan keadaan atau hal terus. penerusan perbuatan atau hal meneruskan; penyambungan; pe­lanjutan. penerus orang yg meneruskan: ~ warisan bangsa. seterusnya 1 selepas itu; sesudah itu; selanjutnya: ~, Datuk Mufti menerangkan segala rukun haji. 2 sejak itu; bermula dr sekarang. 3 = dan ~ dan yg lain-lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,

Peribahasa

Dengan kartu terbuka.

Bermaksud :

Dengan terus terang.

 

Lihat selanjutnya...(15)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
battle~ on, a. continue to engage in battle, /bertempur,berjuang/ terus-menerus, terus /bertempur, berjuang/; b. continue to struggle, berjuang terus-menerus, terus berjuang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
throttleadj 1. direct, terus: the ~ train to London, kereta api terus ke London; a ~ ticket to Paris, tiket terus ke Paris; ~ traffic, lalu lintas terus;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
outspokenadj bersifat terus terang; (of statement, comment, etc) terus terang: an ~ woman, with little regard for other people’s feelings, wanita yg bersifat terus terang yg tdk menghiraukan perasaan orang lain; his ~ remarks annoyed the chairman, kata-katanya yg terus terang menjengkelkan pengerusi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
directadj 1. not circuitous, terus: the ~ route to Ipoh from Kuala Lumpur via the North-South Highway, jalan terus ke Ipoh dr Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Utara-Selatan; ~ flight, penerbangan terus; 2. without anyone, anything intervening, langsung, terus; (of transfer of money, payment) terus: ~ link, perhubungan terus; he has ~ responsibility for the running of the company, dia mempunyai tanggungjawab langsung dlm pengendalian syarikat itu; ~ negotiations, rundingan langsung;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
franklyadv 1. in a frank manner, (dgn) terus-terang: to speak ~, bercakap terus-terang; 2. honestly, (secara, dgn) terus terang: ~ (speaking), she bores me, secara terus terang (saya katakan), dia membosankan saya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
frankadj 1. outspoken, candid, terus-terang; (of person, manner), (ber)terus-terang: I would like your ~ opinion on the matter, saya ingin mendengar pendapat yg terus-terang drpd saudara ttg hal itu; he is a ~, honest person, dia terus-terang dan jujur orangnya; 2. showing clearly the thoughts and feelings, tdk menyembunyikan perasaan: a ~ gaze, pandangan yg tdk menyembunyikan perasaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forthrightadj terus terang; (of person, manner) suka berterus terang, terus terang: he made a ~ statement of their position, dia membuat kenyataan yg terus-terang ttg kedudukan mereka; Mr Davidson has the reputation of being ~, Encik Davidson dikenali sbg orang yg suka berterus-terang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
keep~ straight on, terus + approp v; (of person) approp v + terus: the road ~s straight on into the forest, jalan itu terus masuk ke dlm hutan; you should ~ straight on until you come to the crossroads, kamu mesti berKamus Inggeris-Melayu Dewan
directlyadv 1. without deviating, terus: she went ~ from the office to the airport, dia pergi terus dr pejabat ke lapangan terbang; 2. without anyone or anything intervening, terus: to cut costs, they purchased the machines ~ from the manufacturer, utk menjimatkan kos, mereka membeli mesin-mesin itu terus drpd pengilang; 3. in a straight line, tepat: he looked ~ at us, dia memandang tepat kpd kami; 4. personally, secara langsung: he is ~ concerned in the project, dia terlibat secara langsung dlm projek itu; 5. exactly, betul-betul: they live ~ opposite the hospital, mereka tinggal betul-betul berhadapan dgn hospital; 6. at once, (dgn) segera: attend to the matter ~, uruskan perkara itu dgn segera; 7. shortly, sekejap lagi: they will return ~, mereka akan pulang sekejap lagi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
stay 1 d. continue to follow a course of st, terus mengambil; (diet, exercise, etc) terus mengikuti: the doctor asked Audrey to ~ on the medicine for one month, doktor menyuruh Audrey supaya terus mengambil ubat itu selama satu bulan; if you ~ on this diet faithfully for two weeks, you could lose two kilos, jika kamu terus mengikuti aturan diet ini dgn betul selama dua minggu, kamu dapat mengurangkan berat badan sebanyak dua kilo;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas