Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912)
ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi
British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten
Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu
pada tahun 1910 dan pada tahun 1912
menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang
sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang,
dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran
untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli
lain. Dengan semangat kepahlawanan yang
sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga
menemui maut dalam ribut salji. Semasa
meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu
keluar; mungkin agak lama.”
Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan
tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir,
dan India.