Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tia.da] | تياد

Definisi : 1. tidak ada: rumah itu berkunci sahaja kerana ~ orang yg mendiaminya; 2. tidak: ~ pernah kudengar; ~ berapa tidak terlalu (banyak, besar, dll); ~ dua hanya satunya, tiada taranya atau ban­dingannya; dgn ~ tanpa; tiadakan tiada akan, tidak akan: jika tuan hamba manusia ~ kata-kata ini keluar drpd mulut tuan hamba; meniada 1. menjadi tidak ada; 2. enggan menurut, mengatakan tidak; meniadakan 1. = mempertiadakan meng-anggap (mengatakan dll) tidak ada atau tidak mungkin, mengingkari, memungkiri: kita tidak boleh ~ atau menganggap sepi masalah-masalah ini; menentang ajaran-ajaran agama Islam samalah spt ~ Tuhan; 2. menjadikan tidak ada, menghapuskan, menghilangkan, meluputkan: sudahlah dgn takdir Allah, yg ada ditiadakan dan yg tiada diadakan; kerana kekurangan guru bebe­rapa mata pelajaran terpaksa ditiadakan tahun ini; 3. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan (kuasanya, haknya, dll); 4. mengabaikan, memperkecil: ~ kebolehan orang lain; peniadaan perihal meniadakan (meng­hapuskan, membatalkan, dll); ketiadaan 1. perihal tidak ada (sesuatu): ~ vitamin yg perlu dlm makanan boleh men­datangkan berbagai-bagai jenis penyakit; sukar bagi ahli-ahli sejarah mengkaji sejarah lama kerana ~ kesan-kesan yg bertulis; 2. perihal tidak mempunyai sesuatu, kepicikan (wang): menghadapi berbagai-bagai kesulitan kerana ~ wang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tia.da] | تياد

Definisi : 1 tidak ada: Bapanya ~ di rumah. Orang itu ~ di sini. 2 tidak: Dia ~ mengerti. meniadakan 1 menganggap atau menyifatkan tidak ada. 2 menjadikan tiada; menghilangkan; menghapuskan. ketiadaan 1 keadaan atau hal tidak ada sesuatu atau seseorang; ~nya membuat kami tertanya-tanya. 2 mengalami atau menderita tiadanya sesuatu; kekurangan: Mereka menanggung berbagai-bagai kesusahan kerana ~ wang. peniadaan perbuatan atau hal meniadakan; penghapusan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiada
Kata Terbitan : meniadakan, peniadaan, ketiadaan,

Puisi
 

Hendak makan pinang tiada,
     Pinang ada di atas meja;
Ke sana tiada di sini tiada,
     Baru kutahu hatiku hampa.


Lihat selanjutnya...(121)
Peribahasa

Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(292)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gelo[g«.l]kata kerja1. mengumpat.Kalo bekumpo tu takde keje laen, gelo aje.[kA.lo b«.kum.po tu tA/.d« k«.dZ« lA.en g«.l A.dZ«]Kalau berkumpul tiada kerja lain mengumpat saja.
jenerau[dZ«.n«.ÄAw]kata adjektifberkenaan buah-buahan yang merah.Buah mutan tu jenerau, tak sape kaet.[bu.wAh mu.tAn tu dZ«.n«.ÄAw tA/ sA.p« kA.e/]Buah rambutan itu merah, tiada siapa kait.
jelempoh[dZ«.l«m.ph]kata adjektifberkenaan sesuatu yang bertaburan.Buoh jambu jelempoh di tanoh tok sape nok ambek.[bu.wh dZAm.bu dZ«.l«m.ph di tA.nh t/ sA.p« n/ Am.be/]Buah jambu bertaburan di atas tanah, tiada siapa yang hendak diambil.
cemeriau[tS«.m«.Äi.jAw]kata adjektifberkenaan ketawa, menangis, bergaduh atau cakap yang tidak berhenti dan menyebabkan bunyi yang sangat bising; cemeridau, cempiau.Cemeriau ngat kelah tu bile cekgu takde.[tS«.m«.Äi.jAw NAt k«.lAh tu bi.l« tSE/.gu tA/.d«]Bising sangat keadaan kelas itu apabila tiada guru.

Kembali ke atas