Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
nyelolo[ø«.lo.lo]kata kerjaterbabas ke belakang, misalnya kenderaan.Nak undo kete, tibe-tibe teros nyelolo.[nA/ un.do k«.t« ti.b«.ti.b« t«.Äos ø«.lo.lo]Hendak undur kereta, tiba-tiba terus tergelongsor ke belakang.
bangon nyerongkah[bA.Non ø«.ÄoN.kAh] bangkit daripada baring atau tidur secara tiba-tiba.Dengau aje bunyi mak die balek, teros bangon nyerongkah.[d«.NAw A.dZ« bu.øi mA/ di.j« bA.le/ t«.Äos bA.Non ø«.ÄoN.kAh]Dengar sahaja emak dia balik, terus sahaja bangkit daripada tidur.
menugal[m«.nu.gAl]kata adjektifkeadaan layang-layang di udara yang tiba-tiba menjunam.Layang-layang aku ni asek menugal aje, geram betol aku![lA.jAN.lA.jAN A.ku ni A.se/ m«.nu.gAl A.dZ« g«.ÄAm b«.tol A.ku]Layang-layang aku ini asyik menjunam sahaja, geram betul aku!
ibu pete[i.bu p«.te] petir yang berbunyi sekali sahaja dan kuat, petir tunggal.Ape tak tekejotnye aku, tengah-tengah nyangkol kat kebon, tibe-tibe aje ade ibu pete.[A.p« tA/ t«k«.dZot.ø« A.ku t«.NA.t«.NAh øAN.kol kAt k«.bon ti.b«.ti.b« A.dZ« A.d« i.bu p«.te]Apa tidak terkejutnya aku, sedang mencangkul di kebun, tiba-tiba sahaja ada ibu petir.

Kembali ke atas