Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1. sampai (di), datang: apabila kereta api ~ di stesen itu ramai penumpang yg turun; mereka sedia menerima sebarang bahaya yg akan ~; 2. sudah sampai (waktu dll), sudah mulai: setelah ~lah masanya; kalau ~ musim lada itu bukan buatan ramainya orang berjual beli; setiba sebaik-baik tiba, sesampai, seketika selepas tiba: ~nya di Pulau Pinang beliau telah melakukan upacara pembukaan bangun­an UMNO; ketibaan perihal tiba (sampai), kesampaian, kedatangan: ~ Nabi di Madinah disambut dgn sangat meriahnya. tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka, dgn men-dadak, sekonyong-konyong: sebuah kereta berhenti dgn ~ di hadapan mereka; hujan turun dgn ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : 1 sampai di sesuatu tempat: Rombongan itu ~ di Bandung pd pukul tiga petang. 2 sudah sampai musimnya, waktunya dll: Musim kemarau sudah ~. ketibaan hal sampai atau hal tiba di: ~ baginda disambut dgn penuh istiadat. setiba sebaik-baik tiba di; seketika selepas tiba; sesampai: ~nya di hotel, dia pun menelefon abangnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ti.ba] | تيبا

Definisi : ; tiba-tiba dgn tidak disangka-sangka; sekonyong-konyong: Ia melo­long dgn ~ spt orang ketakutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tiba (kata kerja)
Bersinonim dengan sampai, datang, mari, muncul, timbul, terpacul, terjengul;,
Kata Terbitan : setibanya, ketibaan,

Peribahasa

Malang tak berbau.

Bermaksud :

Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bouncelantunKomunikasiTiada1. Kepelbagaian sinar yang wujud secara tiba-tiba pada gambar televisyen. 2. Perubahan yang tidak dikehendaki pada aras video yang berlaku secara tiba-tiba.
stress concentrationtumpuan tegasanAeroangkasaTiadaKawasan tempatan yang meningkat tegasannya disebabkan perubahan susuk secara tiba-tiba, reka bentuk yang tidak baik dan ketidaktepatan pembuatan.,Kawasan tempatan yang meningkat tegasannya disebabkan perubahan susuk secara tiba-tiba, reka bentuk yang tidak baik dan ketidaktepatan pembuatan.
chandelle manoeuvreolah gerak chandelleAeroangkasaTiadaOlah gerak pesawat udara yang memusing dan menaik secara tiba-tiba bertujuan untuk mencapai ketinggian dan penukaran arah dengan segera.,Olah gerak pesawat udara yang memusing dan menaik secara tiba-tiba bertujuan untuk mencapai ketinggian dan penukaran arah dengan segera.
stalltegunMekanikGunaan1. Pemecahan aliran bendalir yang menghasilkan daya angkat pada aerofoil, yang berlaku sejurus selepas sudut daya angkat maksimum dicapai. 2. (bagi enjin) Berhenti secara tiba-tiba, biasanya disebabkan pengenaan beban atau brek dengan tiba-tiba.
setting the draglaras tarikanPerikananTiadaKaedah menyelaraskan rintangan pada gigi tuil gelendong bagi membolehkan ikan tersentak dengan tiba-tiba serta menghalang tali daripada terputus. Rintangan biasanya ditetapkan pada kadar 1/3 daripada kekuatan tali. Sekiranya tali pada gelendong mempunyai kekuatan 15 kg, rintangan perlu ditetapkan pada 5 kg. Contohnya, apabila ikan yang telah dipancing menarik tali dengan kuat sehingga melebihi rintangan yang telah ditetapkan, tali akan berhenti keluar dengan tiba-tiba dan tidak terputus.
avulsedteravulsiPerubatanTiadasecara tiba-tiba dengan kekerasan dan trauma.
burstersburstersGeografiTiadaAnjakan tiba-tiba tiupan angin menghala ke tenggara kawasan selatan dan tenggara benua Australia.
explosionletupanGeografiTiada3. Situasi tiba-tiba yang sangat ketara dan bising seperti letupan gunung berapi.
floodbanjirGeografiTiadaLimpahan air tiba-tiba ke atas permukaan tanah yang kering akibat sungai atau tasik yang melimpah tebingnya, atau luruan pasang surut yang besar atau kejadian hujan yang sangat lebat.
overshootlajak)KejuruteraanTiadaPertambahan secara tiba-tiba kuantiti elektrik lebih dari nilai maksimum, dan adanya pepaku pada gelombang segi empat.
12345678910...

Kembali ke atas