Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Peribahasa

Memakan hendak lemang,
     membeli hendak pelo.

Bermaksud :

Inginkan barang yang bagus, tetapi tidak berani membayar mahal. pelo = ubi.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fear culturebudaya takutPentadbiranTiadapandangan atau pegangan segolongan masyarakat yang tidak berani menempuh cabaran baharu.
anti-heroantiheroKesenianDrama dan TeaterWatak utama lelaki yang tidak memperlihatkan ciri seorang wira seperti tampan, gagah, bijak dan berani. Watak ini digambarkan sedemikian oleh pengarang untuk disesuaikan dengan jalan cerita. Sinonimantiwira.
lame duckkedudukan lemahSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan seseorang atau organisasi yang tidak berupaya melakukan sesuatu keputusan yang penting dan bermakna. Kedudukan ini boleh terjadi kerana pencapaian selama ini lemah dan tidak berupaya seperti kedudukan kerajaan sementara selepas pilihan raya sebelum melantik kerajaan yang baru menang dalam pilihan raya tersebut atau mungkin kerana statusnya yang akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Faktor-faktor ini melahirkan satu kedudukan yang lemah dan tidak signifikan untuk melaksanakan sesuatu langkah yang berani, bersifat jangka panjang atau penting.
dissenting opinionspendapat bertentanganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPandangan daripada hakim yang berbeza dengan pandangan pihak majoriti dalam sesuatu kes penghakiman. Pandangan ini mempunyai kedudukan yang khusus dalam penyelesaian pertikaian undang-undang antarabangsa, sama ada melalui mahkamah atau timbang tara. Dalam konteks mahkamah antarabangsa terutamanya Mahkamah Keadilan Antarabangsa, pendapat bertentangan boleh menyumbang kepada perkembangan undang-undang antarabangsa. Pendapat ini pernah digunakan oleh hakim sebagai satu platform bagi menghasilkan pandangan yang lebih berani dalam situasi yang tidak mempunyai hukum perundangan yang tetap. Contohnya, pendapat bertentangan oleh Hakim Weeramantry, seorang hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Lockerbie. Dalam kes berkenaan, beliau menyatakan bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa boleh menyemak semula keputusan Majlis Keselamatan PBB walaupun keputusan tersebut merupakan satu pandangan eksekutif atau politik yang dibuat oleh salah satu cabang utama PBB.
dirgeIagu ratapKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan rasa sedih atau duka terutama yang berhubung d ngan peristiwa kematian orang kenamaan. Contohnya, puisi "Bintang di Langit Zaman" karya Usman Awang di bawah. Kematian! Kemafom dari suatu kehidupan yang mulia yang telah ditinggalkan, jadilah ia ukiran kenangan bahawa di tanah ini seorang daripada lelaki berani yang berdiri menjunjung keyakinan, dan berkata Islam tidak pernah takut kepada apa saja laksana dirinya dalam cahaya kebenaran yang dipeluknya.
risk attitudesikap risikoPengurusanPerancanganRangsangan minda yang mempengaruhi pertimbangan dan tindak balas seseorang dalam membuat keputusan apabila menghadapi sesuatu keadaan ketidakpastian. Implikasi keputusan yang dipengaruhi oleh sikap risiko boleh membawa kesan positif atau negatif kepada sesuatu matlamat. Dalam situasi organisasi perniagaan, kesan positif bermakna keputusan yang diambil akan mendatangkan keuntungan, dan sebaliknya kesan negatif akan menyebabkan organisasi mengalami kerugian. Tiga kategori utama sikap risiko ialah mengelakkan risiko (keputusan untuk mengelakkan risiko dalam keadaan yang tidak pasti), menerima risiko (keputusan untuk menghadapi risiko dalam keadaan yang dapat dijangkakan) dan mencari risiko (berani membuat keputusan dalam keadaan yang berisiko bagi mencapai pulangan yang tinggi).

Kembali ke atas